Recent Post

Tuesday, July 26, 2016

Dikritik Hanya Pegang Watak Kecil Dalam Kabali, Rosyam Nor Tak Kecil Hati


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Sekarang ini satu Malaysia sedang demam filem Kabali yang dilakonkan oleh superstar Rajinikanth. Buat yang tidak tahu, filem ini turut menyaksikan kemunculan pelakon-pelakon Malaysia iaitu Rosyam Noor, Norman Hakim dan Zack Taipan. Ia ada satu perkembangan yang sangat bagus. Bukan senang untuk pelakon Malaysia mendapat tempat di industri filem antarabangsa, walaupun sekadar mendapat watak kecil sahaja. Namun begitu, kerana promosi yang agak kuat, ada pihak yang salah faham dan menganggap watak Rosyam Nor di dalam Kabali adalah peranan utama.rajinikath kabali

Susulan itu, penerbit drama, Mohd Noor Kadir menerusi akaun Facebooknya telah mengkritik pembabitan Rosyam Nor di dalam filem Kabali. Abang Nara boleh bayangkan kekecewaan Mohd Noor yang menyaksikan watak Rosyam Nor di dalam filem Kabali sekadar tempelan sahaja. Mohd Nor turut mendakwa Rosyam Nor sekadar menjadi props dan atau pasu bunga bernyawa di dalam filem itu dengan hanya sesekali mengeluarkan dialog "yes" dan "no".rajinikath kabali

Namun Rosyam Nor tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut. Bagi beliau, watak kecilnya di dalam filem tersebut diharap akan menjadi batu loncatan. Kata Rosyam Nor:-

Apabila saya dikritik, ertinya orang sayangkan bakat saya dan mereka tahu tahap kemampuan saya dalam lakonan. Saya tak salahkan mana-mana pihak, terutama peminat yang kecewa apabila menonton filem itu. Saya juga tidak berkecil hati dengan Mohd Noor kerana dia ada hak untuk mengkritik.

Pada usia 49 tahun sekarang, inilah kali pertama saya dapat peluang begini. Setiap perkara bermula dengan kecil sebelum menjadi besar. Begitu juga kerjaya saya. Saya hanya dikenali di Malaysia. Jadi, walaupun watak kecil dalam 'Kabali', saya terima kerana ingin mencuba. Kalau dibandingkan saya dengan Rajinikanth, bagaikan langit dengan bumi.

Saya bersyukur kerana berpeluang berlakon bersamanya dan bersama-sama menjayakan babak pergaduhan dengannya

rajinikath kabali

Biasalah awal-awal dapat watak kecil. Walaupun dah hero di Malaysia, di peringkat antarabangsa tiada siapa yang mengenali kita. Dapat watak tempelan pun dah cukup bagus. Perlahan-lahan kayuh. Insya Allah lepas ini akan dapat watak yang lebih bagus. Mana tahu dalam 4,5 tahun lagi akan ada pelakon Malaysia yang menjadi hero filem antarabangsa. Siapa tahu kan? Sama-samalah kita tunggu. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *