Recent Post

Tuesday, April 19, 2016

Smart tingkatkan tahap keselamatan lokap - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

KUALA LUMPUR 18 April – Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di lokap, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan sistem Teknologi Pelaporan Analisis Pemantauan Sendiri (Smart).

Majlis pelancaran sistem peman­tauan terbaharu PDRM itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pengarah Jabatan Sumber Stra­tegik dan Teknologi PDRM, Datuk Zaleha Abdul Rahman dalam satu kenyataan sempena majlis perasmian itu memberitahu, menerusi inisiatif tersebut sebanyak 58 da­ripada 704 lokap di seluruh negara telah dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang akan diaplikasi dengan sistem Smart bernilai RM3.5 juta .

Jelas beliau, inisiatif itu bertujuan mempertingkatkan sistem kawalan keselamatan pusat tahanan banduan di negara ini.

"Di bawah sistem ini, CCTV ditempatkan dalam setiap lokap dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang gerakan atau peri laku yang mencurigakan oleh tahanan termasuklah pihak-pihak lain.

"Antara aktiviti yang dapat dikesan melalui CCTV pintar itu meliputi cubaan membunuh diri, melarikan diri, serangan seksual serta memastikan integriti pihak polis yang bertugas," katanya.

Sistem Smart merupakan satu daripada beberapa inisiatif terkini PDRM yang dipamerkan semasa DSA 2016, selain sistem profiling yang berasaskan teknologi psikometrik dan sistem pengurusan sumber yang dioptimumkan untuk teknologi 'Big Data'.

Teknologi tui juga adalah hasil kerjasama antara PDRM dan MIMOS Berhad di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mengulas lanjut, Zaleha menjelaskan PDRM dapat meningkatkan sistem pengurusan lokap berpusat di setiap kontinjen dan memastikan keselamatan tahanan sementara menunggu prosedur undang-undang yang seterusnya.

Katanya, melalui sistem itu, penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi terkini dan baharu berbanding CCTV konvensional, selaras dengan aspirasi PDRM yang kini bergerak ke arah Internet of Things (IoT) dan Big Data.

"PDRM berharap dengan adanya sistem yang lebih efisien ini, pemantauan dan kawalan keselamatan di lokap akan dipertingkatkan selain mengelakkan insiden-insiden tidak diingini," jelas beliau.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *