Recent Post

Saturday, February 20, 2016

Penyelewengan LPG tumpas - Utusan Malaysia


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

IPOH 19 Feb. - Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petrolium cecair (LPG) terbesar di negeri dengan nilai rampasan lebih setengah juta ringgit dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Ringan Sri Rapat di sini, hari ini.

Pengarah KPDNKK negeri, Meor Ismail Meor Akim berkata, serbuan di sebuah stor LPG berlesen itu dilakukan kira-kira pukul 4 pagi selepas mendapati ia dijadikan pusat kegiatan pemindahan LPG daripada tong LPG bersubsidi ke tong LPG industri tidak bersubsidi.

"Nilai rampasan berjumlah RM504,760 melibatkan 1,631 tong LPG berisi, 1,404 tong LPG kosong dan enam buat kenderaan iaitu sebuah treler dan lima buah lori yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pembelian dan penjualan LPG yang diseleweng.

"Lima pekerja di stor berkenaan yang kesemuanya warga Myanmar turut ditahan manakala pemilik stor berkenaan sedang diburu," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 3 Januari lalu melalui laporan khas, Mingguan Malaysia mendedahkan mengenai penyelewengan bahan bersubsidi tersebut yang menyebabkan kerajaan kehilangan RM800 juta pada tahun lalu.

Kerugian itu merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan subsidi yang diperuntukkan kerajaan bagi bahan tersebut iaitu RM2 bilion setahun.

Menurut Meor Ismail, KPDNKK turut membekukan 17 akaun bank pemilik syarikat LPG tersebut sebanyakRM7.4 juta untuk tujuan siasatan.

Beliau berkata, jumlah subsidi yang disyaki disalahgunakan di stor itu berjumlah RM70,000 dan dipercayai kegiatan tersebut telah lama dijalankan.

Kata beliau, risikan dijalankan selama dua minggu untuk mengesahkan aktiviti pemindahan gas di setor berkenaan iaitu daripada tong LPG bersubsidi 12 kilogram (kg) dan 14 kg ke tong LPG industri 50kg.

"Ini adalah serbuan kedua di stor yang sama. Nampaknya pemilik stor ini degil dan berani kerana setor ini pernah diserbu pada awal tahun lalu.

"Ketika serbuan, kesemua pekerja warga Myanmar sedang menjalankan aktiviti memindahkan gas menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan hos paip, ais batu dan air panas," katanya.

Menurut Meor Ismail, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Jika sabit kesalahan syarikat boleh didenda tidak lebih RM2 juta dan pemilik atau pengarah boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya," jelasnya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *