Recent Post

Friday, December 18, 2015

Mark Zuckerberg kongsi gambar anak bertemakan Star Wars

Nampaknya pengasas Facebook Mark Zuckerberg mahu anaknya menjadi peminat setia Star Wars dari usia yang kecil.
Read more ...

Rapat Dengan Shahir AF : Erra Fazira Bagaimanapun Enggan Menaruh Harapan

Sudah berbulan lamanya gosip percintaan antara Erra Fazira dan Shahir AF menjadi bualan ramai. Namun, sehingga kini kedua-duanya masih lagi berdiam diri dan tidak mahu mendedahkan status sebenar hubungan mereka.

Jelas Erra beliau memang rapat dengan Shahir dan menyifatkan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang sahabat.

Malah, Erra juga enggan meletakkan sebarang harapan terhadap hubungan berkenaan dan menerima apa sahaja kehendak takdir buat mereka.

Kalau nak bercakap mengenai hubungan kami, rasanya tak ada apa-apa yang boleh dikongsikan. Semuanya sama saja. Saya tidak mahu cakap mengenai kemungkinan kami akan berkahwin atau kerana hubungan kami sekarang seperti biasa saja.

Bagi saya, kalau ada, adalah jika tidak, tidaklah. Saya tidak kisah dan tidak meletakkan apa-apa jangkaan dan harapan.

Gosip mereka bercinta bermula apabila Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dengan kerap pada pertengahan tahun lepas. Ada juga pihak yang mendakwa Shahir juga adalah insan yang berjaya mendekatkan Erra kepada jalan Allah SWT apabila primadona itu mula berhijab.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Ibu Jejai Akan Ambil Tindakan, Sebar Cerita Fitnah?

Ibu jejai, Raja Noora tampil membuat kenyataan di laman Instagram yang ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan dirinya kononnya beliau punca berlaku permasalahan itu.
Read more ...

GARA-GARA MESEJ - RUMAH TANGGA FATIN AFEEFA GOYAH?

Read more ...

TV3 & TV9 Raikan ‘Malam Ka’Rock’ Bersama Wartawan Hiburan

Unit komunikasi korporat (PR) TV3 & TV9 telah menganjurkan majlis 'Malam Ka'Rock' bersama wartawan hiburan dari media cetak dan media elektronik.

Antara wartawan yang hadir ialah dari portal Murai, Astro Gempak, Tonton, Rotikaya, Malaysia Digest, Krew Melodi, My News Hub dan Sensasi Selebriti.  

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara  (PR) dan petugas media hiburan yang sama-sama membantu memberikan publisiti setiap program TV yang ingin dikeudarakan.

Di samping itu, ia juga sebagai tanda penghargaan dari pihak TV3 & TV9 di atas kerjasama yang tidak henti-henti oleh wartawan hiburan dalam mempertabatkan industri hiburan tanah air.

Selain menyanyi lagu secara karaoke beramai-ramai, cabutan nombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Majlis seumpama ini wajar diteruskan agar hubungan yang terjalin akan terus kekal dan sebati. 

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 18 Dis 2015

 

 

Read more ...

Ulasan Filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS

Demam Star Wars dah pun bermula semalam. Bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia menunggu filem ini di pawagam. Semua duk tunggu filem ni keluar. Apa lebihnya filem ni berbanding filem gah yang lain?

Rata-rata yang menonton filem ini di tayangan semalam merasakan filem ini cukup nostalgia apabila bintang asal disatukan kembali iaitu Harrison Ford (Han Solo), Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Carrie Fisher (Prince Leia).

Filem kali ini menceritakan kejadian yang berlaku 30 tahun selepas trilogi Return of the Jedi pada 1983 yang turut menampilkan watak baru, Reu (Daisy Ridley) dan Finn (John Boyega serta pengganti Darth Vader, Kylo Ren (Adam Drive).

Jalan cerita, plot dan subplot filem ini mampu memadamkan memori penonton terhadap prekuel yang dihasilkan oleh pencipta asal Gearge Lucas.

Jika anda masih ingat, tiga tahun lalu, Lucas menjual syarikat produksi miliknya, Lucasfilm, yang menerbitkan Star Wars serta Indiana Jones kepada Disney pada nilai RM17.35 bilion.

Dalam filem Star Wars terbaru ini, rata-rata berpendapat pengarah cuba menyuntik nilai dan unsur kemanusiaan dan kasih sayang. Ini berikutan juga dengan penampilan pendukung utama pelakon wanita berbanding enam siri filem itu sebelum ini yang rata-ratanya didominasi oleh lelaki.

Jika dalam filem sebelum ini, penonton disogok dengan kewujudan pelbagai makhluk asing dan planet sekaligus menidakkan peranan watak wanita. Sehingga kini, watak Princess Leia ditonjolkan kekal hingga ke edisi terbaru.

Filem Star Wars tidak lepas dari gabungan manusia, robot dan makhluk asing pelbagai karakter serta bahasa dalam satu komuniti galaksi yang mencorakkan dan mewarnai filem ini menjadikan ianya tidak bosan ditonton.

Ada elemen drama yang mengundang air mata… iaitu drama antara Han Solo dengan Kylo Ren semasa Rey menanti keluarga pula dan emosi Finn yang menjadi pembelot Stormtroopers serta beberapa lagi scene menarik menyentuh rasa penonton akan dapat disaksikan. Babak sedih, gembira dan sayu berbaur-baur dan sampai kepada penonton dengan baik sekali.

Filem ini juga menyuntik sinematografi yang cukup baik. Khususnya semasa scene berlokasikan padang pasir indah di Tunisia.

Untuk peminat setia Star Wars, sememangnya filem kali ini memang menjadi filem wajib ditonton lebih awal kerana pertarungan galaksi kali ini memang cukup mengujakan, membuatkan dada turut terasa debaran.

Ramai penonton mahu melihat satu lagi karakter baru yang ditampilkan iaitu Poe Dameron, lakonan Oscar Isaac yang membawa watak sebagai puak penentang.

Budiey kasi 4/5 bintang untuk filem ini.

Jom kita baca pula beberapa ulasan dari penonton yang telah hadir di acara TGV CINEMAS STAR WARS: THE FORCE AWAKENS ALL-NIGHT-SCREENING pada hari Khamis lalu.

Untitled

AJ RAZAK – BUDIEYATORS

Hey there all movie buffs out there especially the diehard STAR WARS fans. This is my thoughts of STAR WARS: THE FORCE AWAKENS hosted by BudieyIsma www.budiey.com on Thursday 17 December at 3.15 am.

We went through glasses of teh tareks, black coffees and hours of pre movie sleep to battle this movie as this was our first movie attendance at this ungodly hour. The FORCE was with us and yes….we survived the screening hahaha.

Hundreds of Star Wars fans and us thronged the cineplex and the atmosphere was electrifying with fans dressed as Jedis, 1 was as Rey among plenty of lightsabres. It was carnival like. Mind you it was 3 in the morning. We have never been to any premiere where the energy level was simply crazy.

All the movie goers in the cineplex was well behaved as there was no opportunity for them to misbehave as the movie kept them glued to the screen. NO UGLY MALASIANS DETECTED…..hahaha.

Episode VII takes viewers to locate the self exiled Luke Skywalker. Only Poe has the map which was hidden inside android BB-8. Thus began the search and hunt for the.map. Han Solo, General Leia, Chewbaca, R2D2, C3PO, Darth Vader, Stormtroopers and Luke Skywalker made a memorable touch to the.movie, nostalgic to an extent. New characters Rey, Finn and lovable android BB-8 injected further excitement to the movie. Go and witness yourselves this long awaited release with lots of CGI and wonderful story line. May the force be with you.

SPOILERS alert…..hmmm what is that? Go watch this movie. The Jedi lives.

RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING

MY RATING 4.5 OF 5 STARS

ZACK ARYA – PENYANYI

Seumur hidup saya tak pernah menonton wayang jam 3 pagi. Memang kerja gila bersengkang mata nak tgk movie yg ditunggu tunggu ni. Hehe. Sesungguhnya, tak menyesal langsung. It was great movie and please pergi tengok. Thanks abg @budiey for the tix. Happening sungguh semalam. Tahniah atas penganjuran. Sorry bateri hp flat semalam. Tak dpt snap pic bersama abg sado and @budieybuddies ‪#‎budieyators‬. Huhu. So, untuk filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS… Saya kasi 4.53/5.00

ADIE T.BEAR – BUDIEYAOTRS

It's truly an honour to have the family of Waikiki bar,the boss himself Mr. Tony Siew and my beloved @project_n9_band to join us for premiere last night.

I hope you guys enjoyed it tremendously..I know I did.

The force awaken brings back lots of nostalgia! Watching the infamous opening credit alone had gotten me all excited!

I seriously don't wanna spoil it for you movie buffs out there coz I want you to experience the exhilarating awesomeness of the movie! Watching X-wing, tri fighter and millennium falcon in action during jaw dropping battle sequence made me wanna watch it again and again!The return of _______________ and __________ is one of the most epic moment in that movie!

Wanna know who? Buy your ticket now and embark on the spectacular adventure of inter galactic sci fi saga!!!!

4.5 🌟🌟🌟🌟 from me!!

SHAZROUL – PENYANYI

I just heard a shocking news about a Star Wars fan been killed by his friend sebab bagi spoiler filem ‪#‎StarWarsTheForceAwakens‬ di United States. But I'm not surprise sebab lepas pergi ‪#‎PremiereWithBudiey‬ menonton filem ini saya lihat betapa ramainya peminat Star Wars dari semua peringkat umur. Haaaa.. Jadi ni saya hanya bagi review je tak nak bagi spoiler sikit pun. Pergi tengok sendiri.

Pelbagai jenis costume, props & macam2x lagi dapat di lihat di perkarangan ‪#‎TGVSunwayPiramid‬. Dengan kemeriahan ‪#‎Budieyators‬ yang tak pernah membosankan. Hehe. Saya sangka pada hari Khamis jam 3 pagi semua peminat Star Wars termasuk saya sanggup ke panggung demi menonton filem ini. Terima kasih ‪#‎BudieyDotCom‬ kerana menganjurkan tayangan perdana ini.

Saya bagi 5/5 bintang! Serious! 5 Bintang. Dah lama saya tak bagi 5 Bintang selepas filem Avatar. ‪#‎LucasFilm‬ sekali lagi berjaya. Dapat dengar tepukan & sorakan penonton apabila kemunculan watak legend & adegan menarik. Pergi tengok ok? Saya nak tengok lagi maybe. Jom organize movie day out? Hehehe.

NABIL AZRI – BUDIEYATORS

Its been a while i think… tak gathering ngan abang2 saye ni.. this early morning..i mean literally freakin early.. at 3 am guys… hahahah, kami berkumpul for event All Night Screening.. STAR WARS : THE FORCE AWAKEN, Premiere With Budiey.

Eventhough im not big fan of Star Wars series.. but i tell you aahhh for this movie.. Cenggini👍👍👍 woo.. Nah! my review untuk movie ni… be holdddd.

Han Solo was killed by Kylo, Fin died, Kylo and Rey are siblings (Son and daughter of Han solo and Leia) Rey is a Jedi, R2D2 got revived at the last part. Kylo Ren and Rey had an epic battle. Stormtroopers still don't know how to shoot a target. Luke appeared only on the last part (Rey returned his light saber)….. RIP to all STAR WARS's "Kipas Susah Mati"… Big Spoiler alert!!!!… Puahahahahaha.

Lastly.. Of course.. my big thanks goes to my brother.. abg @budiey for the tix and awesome screening. OH YAA… credit to one and only, photographer thorbaik di abad ini katenye, abg @firmanmohtar for this cool pic.

Untitled

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Marsha Milan Kahwin 8 Januari Depan

Beberapa minggu yang lalu, timbul desas desus mengatakan pelakon wanita, Marsha Milan, telah memeluk agama Islam. Reaksi Marsha, beliau meminta agar dirinya diberikan ruang privasi dan peminat mendoakan segalanya yang terbaik, tidak pula menafikan perkara itu.  Namun petang semalam, tersebar gambar kad undangan ke majlis perkahwinan Marsha yang bertarikh 8 Januari 2016, Jumaat, bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.  Marsha dikhabarkan akan berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam, anak kepada Dato' Seri Hj Mohamed Ismail bin Mohamed Othman, setiausaha politik kepada Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.  Tahniah diucapkan kepada Marsha, semoga kekal bahagia dengan pasangannya dan semoga bakal suami dapat mendidik Marsha mendalami Islam. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Haramkan Vape: Selangor Adakan Perbincangan Dan Kajian Terlebih Dahulu

SHAH ALAM: Sebelum mengambil langkah yang sama dnegan Johor dan Kelantan yang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape, Selangor pula akan mengadakan perbincangan dan kajian yang mendalam tentang isu itu.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Ali, dengan menambah bengkel berkenaan penggunaan vape akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

"Bengkel itu akan melibatkan Kementerian Kesihatan, kumpulan anak muda dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneliti kesan kesihatan akibat menghisap vape. "Kita akan melihat rumusan daripada bengkel tersebut sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Ujar Azmin kerajaan negeri tidak mahu mengambil langkah drastik tanpa adanya pandangan daripada golongan yang berkaitan. -Siakapkeli.my

Read more ...

10 berita utama, newsmaker 2016 - anda pilih

Menjelang hujung bulan Disember ini, menjadi tradisi Malaysiakini untuk bersama-sama para pembacanya mengimbau kembali berita terbaik dan terburuk sepanjang tahun ini.

Tahun 2014 telah menyaksikan insiden di mana sebuah jet jumbo hilang, sebuah lagi jatuh ditembak peluru berpandu, dan sebuah lagi terhempas di Laut Jawa.

Tetapi 2015 juga tiada kurangnya, antaranya, seorang bekas timbalan perdana menteri menjalani hukuman penjara buat kali kedua selepas disabit atas tuduhan liwat, seorang lagi timbalan perdana menteri dipecat, RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi perdana menteri dan pembunuhan ngeri seorang timbalan pendakwa raya,

Seperti tahun lepas, kami menyerahkan kepada pelanggan Malaysiakini untuk memutuskan 10 berita terbaik bagi 2015. Terdapat 18 kategori berita disusun mengikut abjad untuk undian tahun ini.

Pengundian dilakukan dengan menunjukkan keutamaan pilihan bagi setiap tajuk - '0' yang terendah dan '10' paling tinggi. Anda boleh memberikan nilai yang sama untuk lebih daripada satu tajuk.

Teruskan membuat pilihan anda sebelum kita melangkah ke tahun 2016.

Dan juga jangan lupa untuk mengundi 'Newsmaker of the Year'.

Sebagai penduan, Newsmaker tidak semestinya individu yang paling popular, tetapi seseorang yang secara konsisten menjadi tajuk berita, dan dalam berbuat demikian, memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, sama ada bagi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Pada tahun ini, terdapat 12 calon. Buatlah pilihan anda. Hanya pelanggan berbayar boleh mengundi dan setiap seorang mempunyai satu undi. Pengundian berakhir pada tengah malam 26 Disember, dan keputusannya akan diumumkan pada 29 Disember.

Pada tahun ini, terdapat 10 calon. Anda buat pilihan. Hanya pelanggan berbayar yang boleh mengundi, masing-masing mempunyai satu undi.

Pengundian bermula pada tengah malam 26 Disember, dan keputusan akan diumumkan pada 28 Disember

Mengundi di sini.

Read more ...

Akhirnya Chelsea pecat Mourinho

LONDON: Jose Mourinho akhirnya dipecat juga sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, mengikut laporan media British sebentar tadi.
Read more ...

Bolehkah Anak Luar Nikah Di'bin'kan Selain Dari Abdullah?

Bolehkah Anak Luar Nikah Di"bin"kan Selain Dari Abdullah? Soalan:

Ustaz, jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dengan lelaki yang mengandungkan dia, adakah anak itu masih di kira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan? Adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah?

Jawapan:

Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu.

Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata "baginya al-Hajr". Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak:

Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu. Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya. Rujukan

Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha', juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh. An-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12. Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil, Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. http://Ilmudanulamak.blogspot.com

Wallahu a'lam Jafri Abu Bakar Mahmoodi Maahad Darul Faizin

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *