Recent Post

Thursday, December 17, 2015

Suspek tembak rakyat Malaysia di Narathiwat dikenal pasti

Ketua Polis Daerah Muang Narathiwat berkata pihaknya masih mengumpul bukti sebelum mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua suspek secepat mungkin.
Read more ...

Ketahui Petua & Cara Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian

Apabila baju kesayangan kita terdapat tahi lalat atau kulat, pasti kita akan merasa kecewa kerana kesan tersebut tidak dapat hilang. Puteri kongsikan petua yang dapat menghilangkan tahi lalat atau kulat ini pada pakaian anda.

Tahi lalat pada baju merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika sudah terkena tahi lalat ini maka baju kita tetap akan kelihatan kotor walaupun sudah dicuci dengan bersih. Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering atau lembap. Tahi lalat akan muncul jika kita peruk baju yang basah, ataupun ketika kita merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk di bilas sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju anda akan muncul tahi lalat. Petua Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian 1. Campurlah cuka kedalam setengah liter air. 2. Rendamlah pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman. 3. Keesokan harinya cucilah dengan sabun atau detergen seperti biasa. 4. Siapkan air hangat yang telah dicampur dengan perasan jeruk nipis. 5. Bilaslah pakaian anda tadi dengan air hangat campuran jeruk nipis. 6. Biarkan pakaian beberapa saat di dalam air hangat campuran jeruk nipis. 7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun atau detergen. 8. Bilaslah menggunakan air bersih. 9. Jika tahi lalatnya masih ada silahkan ulangi langkah no 5-8 berulang-ulang sampai semua tahi lalatnya hilang. 10. Kemudian jemurlah hingga kering. P/S: Zat asam pada cuka dan jeruk nipis dipercaya dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian. Agar kejadian di atas tidak terulang kembali, ada baiknya sobat baca tips mencegah tahi lalat muncul pada baju berikut ini. Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju 1. Jika sehabis melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tu ya.. 2. Jika anda merendam baju, jangan menunda-nunda untuk membilasnya, apa lagi sampai berhari-hari. 3. Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung pada gantungan baju. Selamat mencuba ya.. Boleh lah pakai baju-baju yang bertahi lalat tue nanti.. :)
Read more ...

Harun Salim Bachik Terima Anugerah Khas: Hargai Khidmat Dan Bakti Beliau Dalam Dunia Seni

Di atas khidmat dan jasa beliau bertahun lamanya dalam bidang seni, Allahyarham Harun Salim Bachik telah dikurniakan Anugerah Pohon Beringin yang merupakan anugerah utama Gegar Anak Seni ( Gasseni).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada balu Allahyarham, Surianti Mohd Nor pada jamuan Gasseni yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

Malam Gasseni yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Pada malam tersebut mereka menyampaikan enam anugerah bagi anak-anak seni yang sudah banyak berjasa dalam pembinaan budaya bangsa melalui bidang filem, televisyen, nyanyian, teater, tarian dan muzik.

Antara penerima anugerah ialah Allahyarham Ibrahim Pendek bagi kategori Ikon Filem tempatan, Tokoh Penyiar 1994, Tan Sri Ahmad Merican (Ikon Televisyen) dan kumpulan Alleycats (Ikon Nyanyian), pengarah Khalid Salleh (Ikon Teater), Datin Azanin Ezane Ahmad (Ikon Tarian) dan bekas Pengarah Muzik TV3, Datuk Ooi Eow Jin (Ikon Muzik).

Sayang sungguh, hanya selepas Allahyarham Harun Salim Bachik tiada barulah ada pihak yang nampak jasa serta kebolehannya.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TEMPAT GARY TIADA GANTI - SONG JI HYO

Anda peminat Running Man? Jika minat, pastinya anda tahu apa yang digosipkan terhadap pasangan Kang Gary dan Song Ji hyo dalam siri tersebut.

Ini kerana, pasangan 'Monday Couple' ini telah mencetuskan kehangatan dalam program realiti Korea itu hingga ramai mengharapkan mereka benar-benar bercinta.

Apa yang pasti, Ji hyo sering malu-malu setiap kali diusik mengenai hubungannya dengan Gary. Bagaimanapun, bila didesak akhirnya Ji hyo membuat pengakuan spontan seolah cintanya terhadap Gary memang berbunga.

Semuanya terdedah ketika barisan Running Man bertandang ke China pada 11 Disember lalu. Kesemua ahlinya hadir melainkan Gary kerana terikat dengan komitmen kerja di Korea.

Dalam satu soal jawab... Ji hyo telah diajukan soalan, "Gary tidak ada di sini hari ini. Adakah ahli lain di sini boleh menggantikan mengambil tempat Gary? Jika anda terpaksa memilih salah seorang daripada mereka, siapa yang anda akan pilih?"

"Bagi saya, tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan Gary", balas spontan Ji Hyo sambil ia disambut dengan sorakan peminat.

"Kamu berdua bukannya bercinta, mengapa pula tidak ada sesiapa yang boleh menggantikannya?" soal HaHa seolah mahu memerangkap Ji hyo.

"Awak tidak tahu sama ada kami bercinta atau tidak," ujar Ji Hyo sambil tersenyum manis.

Untuk info, dalam satu tinjauan baru-baru ini yang dilakukan di China, kedudukan pelakon Song Ji hyo menduduki tangga pertama sebagai sele briti Korea yang mempunyai bentuk badan menarik.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kelebihan Guna Aplikasi Astro on the Go

Rasanya dah ramai tahu pasal Astro on the Go kan? Tinggal nak guna ke tak je. Aplikasi tu dah lama ada. Biasalah kita ni kekadang tu tak tahu nak hargai apa yang kita ada.

Kalau belum tahu, Astro on the Go adalah satu perkhidmatan inovatif yang mana membolehkan kita menonton program kegemaran berterusan menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa. Sesuailah dengan taglinenya iaitu Take Astro With You, Wherever You Go!

Untitled

Bayangkan anda sedang seronok menyaksikan sepuluh minit perlawanan secara langsung bola sepak BPL di rumah, kemudian ada kawan anda datang untuk ajak belanja makan kat luar. Nak tak nak kenalah ikut, kan.

So, bila ikut diorang keluar, mesti la frust sebab ketinggalan nak tahu team mana yang akan menang nanti. Maklumlah perlawanan BPL musim ni memang sengit dan gempak. Dengan Astro on the Go, korang tidak akan kecewa lagi, tidak akan ketinggalan lagi sebab boleh menonton perlawanan bola sepak SECARA LANGSUNG tu kat mana je.

Kepada anda yang suka menonton program sukan siaran langsung di saluran Astro Supersport, Fox Sports dan Eurosports lagilah elok kalau guna platform AOTG sebab peminat sukan di luar sana takde lagi ketinggalan untuk menikmati rancangan sukan kegemaran masing-masing,

Apabila Astro on the Go dah ada, masalah terlepas siaran langsung tak akan berlaku lagi selepas ini.

Ramai yang tanya lagi, macamana nak dapatkan kandungan terkini AOTG? Haaa, apa kata muatturun je di platform iOS dan Android ataupun menerusi laman sesawang www.astroonthego.com.

Selain dapat menonton siaran langsung, Budiey juga teruja bila dapat tonton Juara Parodi 2015 dan Maharaja Lawak Mega akan datang ni. Juga program TV dan drama bersiri yang disiarkan hari yang sama seperti di US iaitu Quantico dan The Walking Dead S6.

Orang kata, apabila di zaman sekarang ni dah banyak movie dan drama TV kat dalam aplikasi video lain… tak nak la sebut, korang tahu aplikasi yang mana satu, tapi Astro on the Go masih lagi penting bagi Budiey sebab memang mudah dan ia boleh dimuatturun ke dalam iPad.

Jadi, sekarang anda tak perlu bergantung atau mengadap TV semata-mata untuk menonton siaran hiburan yang anda suka kerana anda boleh menonton menerusi telefon pintar, tablet, komputer riba dan PC anda di mana sahaja anda berada. Konsep grafik aplikasi ini juga dah lebih segar, lagi best tonton. Haaa, lupakan aplikasi video yang lain tu ya.

Apabila kita dapat lihat antara muka (interface) terbaru platform Astro on the Go dinaik taraf fungsi menjadikan ia lebih ohsem dan fleksibel… ia sekaligus dapat menjanjikan pengalaman pengguna di kesemua tablet, telefon pintar dan komputer riba. Tak cuba tak tahu, jadi kenalah cuba dulu.

Budiey pun dah pun cuba menggunakan servis Astro on the Go sejak ia dilancarkan. Bayangkan dah berapa tahun dah asyik duk guna Astro on the Go je. Boleh tahan gak Astro on the Go ni. Sangat berinovasi! Lagi pun, ia terbuka dan disediakan untuk semua, tidak kira anda pelanggan Astro dan bukan pelanggan Astro.

Wow, jadinya sekarang, semua dari kita dapat menggunakan Astro on the Go! Hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan Astro ID sebagai username secara percuma… termasuklah kepada sesiapa yang bukan melanggan Astro kat rumah tu. kita dah boleh menonton program menarik di Astro Awani, Astro Arena dan juga Go Shop la ya. Budiey sangat puas hati dengan servis terbaru dari Astro nih.

Apa yang boleh Budiey katakan, ianya sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup Budiey sebagai penulis blog sepenuh masa yang sentiasa sibuk ke sana-sini untuk menghadiri events dan photoshoot bersama selebriti.

Kalau dulu, Budiey terpaksa ponteng events semata-mata nak tengok siaran langsung Anugerah Grammy atau Gegar Vaganza, tapi sekarang tak lagi, sebab kat events pun Budiey masih boleh mengikuti siaran anugerah itu dengan kemudahan yang disediakan di Astro on the Go.

Bagi Budiey dengan adanya Astro on the Go, pastinya ia memenuhi citarasa generasi muda dan melengkapi gaya hidup mereka.

Tak percaya korang boleh cuba. Haa, anda yang bekerja di pejabat tu pun boleh curi-curi masa untuk tengok siaran drama kesukaan korang.

Pengguna dapat memuatturun program TV kegemaran dan juga filem on demand secara offline, jika kita berada di luar kawasan liputan (takde line) ke, kekurangan data ke, tiada wifi ke, kita boleh tonton semula video tersebut tanpa halangan.

Budiey difahamkan Astro on the Go telah mencipta sejarah di mana menjadi antara perkhidmatan TV online yang terbesar di Malaysia dan servis ini bukan calang-calang sebab nanti ia akan berkembang demi melengkapkan gaya hidup pengguna. Yang penting, Astro on the Go dapat dinikmati oleh para pelanggan Astro berdasarkan pakej langganan mereka setiap bulan.

Jadi, jika anda adalah pengguna gajet mudah alih, pengguna iPad, gajet telefon bimbit pintar dan tablet, memang tak sah kalau korang tak guna Astro on the Go. Ini kerana Astro on the Go dicipta khusus untuk pengguna gajet yang kerap mengakses internet.

Apa taknya, anda boleh ikuti rancangan keagamaan, program hiburan, siaran perlawanan bola sepak, siaran berita dan klip video lagu-lagu terkini hanya dari skrin smartphone je.

Selain acara-acara yang bersiaran secara langsung, Budiey tengok ada juga video atas permintaan (On Demand) disediakan untuk pengguna.

Berbeza dengan servis TV internet yang lain, Astro on the Go adalah pada rancangan hiburan, liputan sukan secara langsung dan terkini, pendidikan, rancangan berbentuk kekeluargaan serta realiti TV.

Sudah tentu, Astro perlu menyediakan bahan yang sukar untuk didapati di mana-mana media yang lain. Barulah nampak eksklusif dan gempak kan?

Antara koleksi video yang boleh dinikmati menerusi perkhidmatan TV Ulangan akan datang termasuklah filem Melayu terkini, drama bersiri pendidikan tempatan Oh My English, drama-drama Korea seperti The Time We Were Not In Love, Divorce Lawyer, dan Glamorous Temptation serta program Disney seperti Phineas and Ferb dan Art Attack.

Bagi Budiey, apabila ada Astro on the Go sekurang-kurangnya dapat mencerminkan perkembangan secara berterusan Astro sebagai sebahagian dari usaha untuk memanfaatkan inovasi teknologi terkini.

Untuk maklumat lanjut dan melanggan perkhidmatan Astro on the Go, sila kunjungi laman web www.astroonthego.com

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

'Laa, Kereta Najib Rupanya Di Belakang, Memang Taklah Bagi Laluan'

Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya. Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib. Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan. Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu: "Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi," Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat. Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. - Fadzil Khairi.  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 

Read more ...

"Hal Kematian Bukan Perkara Main-Main, Ayah Saya Masih Sihat" - Anak Jins Shamsudin

Berikutkan tersebar sejak semalam berita yang mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakong berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya.

Memetik laporan Berita Harian, Nadim menyatakan dia dan keluarga begitu terkejut dengan berita palsu tersebut mengenai bapanya itu.

"Bapa saya masih sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.  "Apa motif mereka buat sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu.  Hal kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.

Menurut Nadim lagi, dia bersama Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke Subang sele pas balik kampung dari Pahang," katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

Sultan Perak: Jaga negara untuk generasi akan datang

Sultan Perak bertitah mereka yang diamanahkan dengan jawatan awam perlu menjadi 'penjaga keadilan' dan memelihara negara ini untuk generasi akan datang.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rakyat Malaysia hanya boleh dianggap sebagai penjaga keadilan "apabila kita sendiri mampu mewariskan negara kita ini kepada anak cucu kita dalam bentuknya yang asal - kalaupun tidak dalam keadaan lebih baik - yang kita pusakai daripada para bapa pengasas kita."

Baginda memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, yang menjelaskan tentang warisan itu seperti berikut: "Adil di sisi undang-undang, legasi sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan taraf kehidupan paling paling tinggi di Asia."

Baginda bertitah demikian ketika melancarkan buku bertajuk 'On Justice and The Nature Of Man' karangan ahli falsafah Islam terkenal, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, di ibunegara semalam.

Baginda juga menyentuh tentang kata-kata Tunku mengenai prinsip sebuah sesebuah negara berdaulat dan demokratik serta usaha memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Pada pengamatan beta, beliau menukilkan secara sempurna tentang hasil daripada tindakan kita sekiranya kita, sebagai Penjaga Amanah, menjunjung tinggi keadilan dalam semua aspek kehidupan kita, termasuk cara kita mentadbir negara kita," titah baginda.

Sambil memetik ayat-ayat suci al-Quran dan kata-kata tokoh terkemuka mengenai manusia, keadilan dan kehidupan, Sultan Nazrin bertitah: "Selagi kita bersikap jujur kepada diri sendiri dan dipimpin oleh sifat adil yang Allah ciptakan dalam diri manusia secara tabii - bahawasanya ciptaan Allah yang unik dan istimewa itu sebenarnya ialah manusia — maka usaha memburu kebahagiaan bukan sahaja akan tercapai sebagai satu daripada hak kita yang tidak boleh dipinggirkan sebagai manusia secara individu, tetapi juga kita akan mampu mencapai sebuah masyarakat yang adil dan sejahtera."

Titah baginda, Prof Syed Muhammad Naquib, dalam buku setebal 57 muka surat itu, mengulas tentang keadilan dan sifat manusia berdasarkan dua ayat suci al-Quran.

Baginda bertitah, projek sepanjang hayat profesor itu ialah untuk membuat penelitian terhadap falsafah zaman moden, meneroka, memahami dan mengaitkannya dengan tradisi Islam.

- Bernama

Read more ...

'Saya Tak Kisah Kalau Benar Ia Ditujukan Pada Saya'

Malam Ahad lalu, Fizo Omar memuat naik tweet yang mencetuskan kritikan netizen di media sosial.  BACA: POTONG STIM TENGOK GEGAR VAGANZA - Fizo Omar Bagaimanapun, Datuk Seri Vida tidak melenting dan memberikan reaksi yang profesional.  "Pada malam Ahad lalu selepas berakhir konsert Gegar Vaganza 2, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media. "Tetapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah. Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya. "Nawaitu saya cuma satu, saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan," katanya.  Bagi Datuk Seri Vida, biarlah apa yang orang berkata tentang dirinya, dia tetap tampil sebagai dirinya yang sebenar. Hanya orang dalam bidang perniagaan akan faham strategi orang berniaga. "Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa," katanya. Bagi beliau, jika mahu berjaya, peniaga atau usahawan perlu sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Beliau amat bersyukur kerana produknya diterima orang ramai dan tagline "Qu puteh, qu puteh, barulah puteh' itu juga turut menjadi sebutan di bibir masyarakat.  "Alhamdulillah, mujur ada pamoga," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Atlet bina badan beri keterangan kepada MBBF

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa atlet bina badan yang positif ujian doping akhirnya terjawab apabila juara Mr Universe sebanyak 10 kali, Sazali Samad dilihat mengadap Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, sebentar tadi.
Read more ...

AWAS! Ini Petanda Penyakit Jika Anda Selalu Rasa Kebas Kaki & Tangan

Petanda jika rasa kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu.

Apakah petanda sekiranya anda kebas kaki dan tangan, sakit di bahagian tertentu?

Menerusi Facebook, Hani Sofia kongsikan petanda-petanda penyakit yang mungkin anda hidapi tanpa anda sedari.

1. Sakit di bahagian bahu. -Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan : -Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas tangan kiri dan lengan : -Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki : -Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki : -Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 6. Sakit tumit kaki : -Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 7. Rasa panas di tapak kaki : – Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki : – Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala : -Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala -Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. -Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga : -Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala: -Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. 5. Rasa pening yang memusing – Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah. -Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah -Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan – Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser. 8. Lidah rasa tegang dan pendek : -Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat : -Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing : -Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur : -Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. 12. Air kencing berminyak : – Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat : – Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah : -Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 BUANG AIR BESAR

1. Cirit -birit / kerap buang air besar : -Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar . Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit: -Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah – Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. – Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam : – Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan: -Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk : – Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal: – Menandakan luka di dalam badan. 8. Sakit menyentap: – Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang : – Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh . -Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas . -Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin. 12. Badan terasa ringan : – Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut. – Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah : – Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut : -Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab : – Sistem jantung yang lemah. – Sistem saraf otak yang lemah. – Masalah pengaliran darah.

"Semoga Bermanfaat."

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *