Recent Post

Sunday, November 29, 2015

Dua sekolah, empat rumah panjang terjejas banjir di Selangau

Dua sekolah rendah dan empat rumah panjang di daerah Selangau, dekat ini terjejas akibat banjir hari ini selepas hujan lebat sejak semalam.
Read more ...

Isteri Keith Foo Muat Naik Video Mereka Bersama Hampir Bercumbu

Pertama kali tengok terkejut juga Murai Batu dengan aksi berani mereka itu. Yelah kalau mak Murai Batu tengok lah Murai Batu dengan bakal suami dengan aksi begitu , pasti dia hambat Murai Batu tak cukup tanah lah.
Read more ...

"KAMI ADA BANTU KELUARGA ALLAHYARHAM HARUN SALIM BACHIK" - ZED ZAIDI

"Sebenarnya agak sukar untuk saya jelaskan dengan lebih lanjut mengenai masalah ini. Tapi apa yang boleh saya katakan, pihak persatuan sudah membantu apa yang termampu.

"Malah pada pandangan saya, ada antara bantuan yang kami hulurkan tidak perlu diuar-uarkan kepada semua. Apa yang penting kami ikhlas untuk membantu," demikian kata Zed Zaidi yang mengakui pihak persatuan sudah memberi bantuan kepada keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil diminta mengulas mengenai pertanyaan dari sesetengah pihak bertanyakan "Di mana Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)?" selepas laporan yang menceritakan kesusahan balu Harun Salim Bachik yang hidup terhimpit dan terpak sa pulang ke kampung selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.

Sementelah lagi, arwah Harun merupakan mantan presiden persatuan tersebut pada 2010-2011.

Tambah Zed, bantuan yang dihulurkan juga tidak semestinya dari sudut kewangan dan mereka juga ada membantu dari sudut teknikal bagi meringankan beban keluarga arwah.

"Kami ada memberitahu boleh membantu membuat surat sokongan andainya mereka mahu membuat bantuan kewangan daripada pihak berwajib.

"Ada sesetengah perkara kami boleh bantu dan ada beberapa perkara kami memang tidak boleh membantu," jelasnya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14 da n Siti Hazeera Sofea, 12.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak, namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Ditebak mengenai persatuan tersebut yang kini dilihat tidak lagi aktif seperti sebelum ini, Zed berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara itu terjadi.

"Kalau boleh saya tak mahu buka mulut mengenai persatuan, nanti orang kata saya dedahkan isu dalaman persatuan pula.

"Sebenarnya Seniman bukan lagi tidak aktif, malah kami masih cuba membantu ahli apa yang patut.

"Cuma dalam satu kapal, ada kapten dan anak kapal, tapi jika semua tak bekerjasama, agak susah sebuah kapal itu untuk berjalan lancar.

"Itulah yang boleh saya ibaratkan persatuan ini sekarang," katanya.

Sumber: SH

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Persembahan ONE NIGHT ONLY Faizal Tahir Gegar Dewan Filharmonik PETRONAS

Tanpa perlu promosi dan hebahan mengenai konsert Faizal Tahir – One Night Only di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada 30 November ini, semua tiket berharga RM120 dan RM216 bagi pertunjukan jam 8.30 malam itu sudah habis dijual.

Sidang Media Faizal Tahir One Night Only

Konsert yang dirancang untuk berlangsung selama 90 minit itu akan dipersembahkan kepada penonton melalui sebuah setlist 12 lagu yang dipilih dan diatur rapi oleh Faizal sendiri bersama kugirannya. Tentang pemilihan lagu, kebanyakan lagu-lagu hits yang melonjakkan karier beliau yang menjadi keutamaan untuk disampaikan dengan cara yang istimewa di DFP pada hari tersebut.

Nampaknya penangan penyanyi yang kembali menyengat dengan lagu Assalamualaikum itu masih berbisa dan persembahannya masih dinanti-nantikan.

Bertemakan One Night Only, konsert ini bakal terus menyerlahkan bakat artis muda tempatan melalui genre muzik mereka dan memberikan platform untuk pencinta muzik tempatan menghargai bakat mereka di pentas berakustika tinggi.

Penyanyi lagu Sampai Syurga itu memasuki senarai artis yang sudah pun diberi peluang membuat konsert solo di DFP selepas Yuna, Najwa, Aizat, Hafiz, Hujan, Rachel Guerzo, Noryn Aziz dan Dayang Nurfaizah.

Pengasas syarikat Faithful Music yang membariskan artis muda seperti Elizabeth Tan dan Hanie Soraya ini akan mengimbau kembali nostalgia lagu popularnya seperti Karma, Hanyut, Mahakarya Cinta, Selamat Malam, Gemuruh dan Bencinta. Beliau bakal diiringi pemuzik-pemuzik terkemuka di Malaysia.

Sepanjang satu dekad, pelbagai pencapaian telah dibuktikan oleh beliau seperti tiga buah album dengan deretan lagu hits, anugerah-anugerah berprestij seperti Album Rock Terbaik dan Album Terbaik di AIM 2008, lagu terbaik di Anugerah Planet Muzik yang baru berlalu di Singapura serta yang paling terkini, pencalonan untuk kategori Best South East Asian Act di MTV Music Awards Eropah tahun ini.

Faizal tahir DFP_RESIZE

"Saya tidak akan membuat persiapan secara teratur kerana mahu mood persembahannya nanti lebih santai. Saya akan tampil secara rock & roll. Cuma jujurnya saya tidak terlalu beriya-iya dalam membuat persiapan latihan," katanya.

Faizal yang juga seorang komposer dan penerbit album, menjadi antara artis muda berpengaruh dalam aliran muzik semasa. Muzik dan imej beliau yang segar membuka mata masyarakat sejak beliau memasuki pertandingan realiti 'One In A Million' pada tahun 2006.

Kini, beliau mengakui tarikh Dewan Filharmonik Petronas nanti bakal menjadi cabaran terbesar dan landmark buat diri beliau untuk meraikan sedekad beliau di dalam industri muzik.

Walau hanya dinobatkan sebagai naib juara, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memacu kejayaan satu persatu. Album perdana beliau, Aku.Muzik.Kamu, memenangi anugerah di majlis muzik berprestij di Malaysia termasuk Vokal Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2008.

Pada tahun 2010, album Adrenalin memenangi kategori Album Terbaik di AIM sementara lagu Karma memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2012.

Beliau juga dinobatkan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010. Dia telah merakamkan 3 buah album dengan deretan lagu hits yang terus memanjat carta.

Single terbarunya, Assalamualaikum, yang diterbitkan Warner Music, mendapat tontonan sebanyak 1.5 juta di YouTube dan memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik yang lalu di Singapura. Dia juga tercalon untuk kategori Best South East Asia Act di MTV Europe Music Award tahun ini.

Selain berkerja keras dengan persediaan untuk konsert ini, Faizal Tahir sedang dalam proses untuk mengeluarkan album keempat beliau yang dijangka akan menemui peminat pada tahun hadapan. Jelas beliau, album tersebut akan mengandungi 8 ke 10 lagu dalam genre dan konsep kontemporari ataupun 'Sound of Rock 2016′.

Kepada peminat @faizal_tahir jangan lupa ONE NIGHT ONLY - FAIZAL TAHIR pada 30 November ini. Tag your fren & share ya. Bacaan lanjut: http://www.budiey.com/faizal-tahir-night-di-dewan-filharm   onik-petronas-klcc/

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Budak 18 Bulan Buta Sebelah Mata Akibat Dron

LONDON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan buta sebelah mata setelah bilah kipas #dron membelah bebola matanya menyebabkan mata mangsa terbelah dua. Difahamkan, pemilik #dron, Simon Evans, yang juga rakan kepada ayah Oscar Webb, gagal mendaratkan alat permainan itu sehingga terlanggar pokok sebelum terkena pada mangsa. "Saya bermain #dron itu selama seminit, tetapi ketika mahu mendaratkannya alat itu terlanggar pokok dan mula berputar. Tiba-tiba saya terdengar kawan saya menjerit. Saya terkejut melihat begitu banyak darah dan anaknya terbaring menangis di atas rumput," kata Evans. Ibu Oscar, Amy Roberts berkata, dia tidak dapat melupakan apa yang dilihat di mana bahagian bawah mata anaknya terkopak dan ianya amat mengerikan.  Berikutan itu, Oscar perlu membuat pembedahan lanjut sebelum dapat menggunakan mata palsu. Menurut pakar perunding pembedahan okuloplastik dan orbital, Faye Mellington berkata, mata mangsa rosak teruk dan harapan untuk pulih adalah amat tipis. Keluarga mangsa telah memaafkan Evans dan faham kejadian yang berlaku itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan. Bagaimanapun, Evans serik dengan apa yang berlaku apatah hendak memandang #dron miliknya pun tidak ingin. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Terkini : Sultan Johor Haramkan Vape di Seluruh Negeri Johor

JOHOR BARU, 29 Nov: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasinya.

"Saya mahu premis vape ditutup mulai 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas memetik laporan mStar Online.

Baginda bertitah negeri mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Selain itu, baginda turut mengarahkan kerajaan negeri untuk bersidang pada minggu depan bagi merangka perancangan un tuk memudahkan proses tersebut.

Baginda juga bertitah ahli politik harus berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," titah baginda.

Menurut baginda, kesan jangka panjang pengunaan vape, pengguna perlu membayar cukai untuk menanggung kos bagi membiayai rawatan.

Selain itu juga, baginda turut bertitah pengharaman vape di negeri johor meliputi seluruh penjualan produk yang berkaitan dengan vape.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa pe rlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor memberi amaran mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang tersebut bermula 1 Januari depan bakal dikenakan tindakan. - Siakapkeli.my

Read more ...

Richard Morais dakwa Charles lari kerana dia berbohong

Charles Morais lari dari negara itu selepas mendedahkan akuan berkanun (SD) kerana dia tahu ia adalah palsu, dakwa adiknya Richard.

Bercakap kepada Malaysiakini, Richard mendakwa Charles hanya berani buat SD kerana dia boleh meninggalkan negara ini.

"Mengapa kamu (Charles) lari seperti ayam? [...] Kerana kamu tahu yang kamu bercakap bohong.

"Anda tidak perlu dengar cakap saya, hakikatnya yang dia (Charles) melarikan diri, sudah cukup buktinya," kata Richard.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa Charles meninggalkan Malaysia melalui Tambak Johor selepas dia mendedahkan SD itu Khamis lalu.

Khalid menyifatkannya sebagai satu tindakan pengecut, yang turut dipersetujui oleh Richard yang mengulanginya beberapa kali ketika dihubungi.

"Dia (Charles) hanya berani menulis (SD) kerana dia tidak berada di Malaysia," kata Richard.

Beliau meminta Charles mendedahkan kandungan pen drive untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.

[Baca berita penuh]

Read more ...

[PELUANG PAKATAN PERINTAH PERSEKUTUAN PRU-14] "Umno dan BN TIDAK PERNAH SENAZAK ini"

CELAH GELEGAR [PELUANG PAKATAN PERINTAH PERSEKUTUAN PRU-14] "Umno dan BN TIDAK PERNAH SENAZAK ini" SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan BN dan Umno berada pada situasi amat kritikal pada ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu tidak pernah berlaku sejak kewujudan Umno berpuluh tahun dahulu.

"Hari ini Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang nazak.

"Umno dan BN tidak pernah senazak ini,"katanya dalam pidato rakyat semasa Kongres Nasional Tahunan ke-11, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) berkata, berdasarkan situasi itu, tidak ada sebab bagi PKR dan Pakatan Harapan untuk tidak berjaya pada PRU14 akan datang.

Namun, katanya, rakan politik pembangkang seharusnya tidak berlawan sesama sendiri sekiranya benar ingin mencapai hasrat menumbangkan BN.

"Pesan orang tua-tua jangan jadi enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing. Sebaliknya kita kena bersatu.

"Sejarah politik tanah air menunjukkan walau sekuat mana parti politik, kalau berseorangan akan gaga l wujud  Kerajaan persekutuan," katanya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *