Recent Post

Tuesday, November 24, 2015

Serangan bom Bangkok: Dua lelaki Uighur didakwa

Mahkamah tentera Thai mendakwa dua lelaki yang dituduh melakukan serangan bom di Bangkok yang mengorbankan 20 orang termasuk 14 warga asing.
Read more ...

Pemenang Program TV Realiti Curi Akaun Instagram Peniaga Online Untuk Kumpul Pengikut?

Ramai yang menceburi perniagaan dalam talian di Instagram kerana potensi perkembangan perniagaan yang tinggi. Namun begitu, sebelum itu, individu yang ingin berniaga di Instagram perlulah mengumpul jumlah pengikut yang tinggi. Antara cara yang digunakan untuk mengumpul pengikut selain dari memuat naik gambar dan kandungan yang menarik ialah dengan membayar selebriti bagi rebiu produk. Ada antara peniaga dalam talian yang menghantar hadiah percuma atau produk percuma kepada selebriti untuk diiklankan di Instagram mereka yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Gambar Masya; mStar Online

Namun cara yang paling tidak baik untuk mengumpul pengikut ialah dengan menggodam akaun Instagram peniaga lain yang sudah mempunyai pengikut tersendiri dan pengikutnya pula ramai sekali. Cuma kali ini, ia melibatkan seorang remaja yang menjadi juara program realiti Ceria Popstar 2 iaitu Masya Ceria Popstar atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah.

Seorang peniaga dalam talian telah tampil kepada kami mendakwa akaun Instagramnya yang mempunyai 178,000 pengikut telah digodam oleh Masya pada Jumaat lepas. Pada mulanya, peniaga itu, Ira Mohamed, membaca satu status yang dimuat naik oleh Masya di akaun Instagramnya mendakwa Astro sedang mencari peniaga dalam talian untuk diberi peluang iklan di televisyen secara percuma. Ira kemudiannya mesej terus (direct message) Masya untuk mendaftar. Ira seterusnya diberi satu pautan oleh Masya untuk diberikan peluang iklan percuma di Astro. photo 1.png Esoknya, iaitu pada hari Jumaat, Ira mendapati akaun Instagramnya telah menjadi milik  orang lain. Apabila diteliti, kata pengguna akaun tersebut telah ditukar nama dari @nineoctober_boutique_ira kepada @ fairy.rar. Kesemua gambar dalam Instagram itu telah dipadam dan digantikan dengan gambar-gambar model mengenakan tudung. photo 3.jpg photo 2.jpg

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015

Pada deskripsi akaun, individu yang menggodam memberitahu sudah memadam kesemua gambar dari akaun asal untuk mencantikkan 'feed' atau 'suapan' akaun.

Masya sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk jualan tudung Fairy by Masha iaitu @fairyhijab_by_masya tetapi hanya mempunyai 229 orang pengikut dan akaun itu kini sudah dinyahaktifkan. photo 4.jpg photo 10.jpg

Namun begitu, ciri keselamatan Instagram (dan kebanyakan penyedia media sosial lain) ialah apabila kata laluan akaun ditukar, satu e-mel akan dihantar kepada e-mel asal yang didaftarkan di atas akaun tersebut untuk pemberitahuan.

Sekiranya penukaran itu bukan dibuat oleh pengguna Instagram itu, Instagram memberi pautan yang membolehkan pengguna asal mendapatkan semula akaun mereka. Ira berpendapat Masya telah menggodam akaun Instagramnya kerana akaun itu digodam setelah dia berkomunikasi dengan Masya dan Masya juga mempunyai perniagaan tudung yang diberi nama Fairy Hijab by Masha, berpadanan dengan nama @fairy.rar

 photo 5.jpg photo 6.jpg photo 11.jpg Ira kemudiannya telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung cubaan godam akaun Instagramnya.

 photo 8.jpg Bagaimanapun, Masya mendakwa tidak tahu menahu mengenai cubaan menggodam tersebut kerana Instagram miliknya juga telah digodam sebelum itu. Katanya dia mendapat pautan dari mesej pembantu peribadinya @sz.meen sebelum ia digodam. Masya juga kemudiannya membuat laporan polis berkenaan perkara itu. photo 12.jpg photo 14.jpg Memang bahaya kalau kita klik pautan-pautan yang diberi orang tertentu dalam mesej Instagram secara sebarangan. Sebenarnya, cara yang sama juga dilakukan untuk mengodam akaun Facebook.

Bagaimanapun,sama ada benar Masya melakukan perkara ini hanya akan dibuktikan melalui siasatan polis dan SKMM. Semoga mereka yang terlibat mencapai jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Related Related Category : Malay 28 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

GV2 - ANTARA NANA, EZAD, HAIZA, FARADHIYA & NASEER... SIAPA JUARA?

Meskipun tiada siapa tahu berapa minggukah tambahan untuk Gegar Vaganza 2 terbitan Astro menuju final, namun ramai peminat yang sudah mula memilih juara mereka sendiri yang dirasakan layak menjuarai rancangan tersebut.

Antara yang menjadi pilihan kuat ialah Siti Nordiana, Naseer Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Faradhiya. Malah jika dilihat melalui komen-komen di laman sosial, penyanyi yang cukup banyak menerima sokongan ialah Siti Nordiana dan diikuti oleh Ezad Lazim.

 Bagaimanapun, Acong dan Azian Mazwan Safuan kurang mendapat perhatian setakat ini. Tapi tuah mereka tak siapa yang tahu kan?

Untuk info, pemenang GV2 bakal menerima hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau 'one hit wonder'. Setakat ini, penerimaan penonton bagi GV2 amatlah hangat hingga ada yang mendakwa ia mampu menandingi kehangatan Akademi Fantasia.

Siapakah juara pilihan anda?

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Seluruh Badan Chacha Maembong Lebam Kerana Hoverboard

Pelakon Chacha Maembong akui pernah mengalami lebam yang sangat teruk di badannya ketika pertama kali bermain alat permainan Hoverboard yang dibelinya sejak 3 bulan lalu.

 Chacha Maembong memberitahu tubuhnya lebam teruk disebabkan beberapa kali terjatuh ketika cuba mengimbangi badannya di atas alat permainan tersebut.

"Sebenarnya ketika Hoverboard mula popular di Malaysia, saya terus berminat hendak memilikinya kerana saya memang amat menyukai sukan extreme. Malah sebelum ini saya memang sering bermain skateboard dan ice skating.

"Bukan mudah rupanya untuk bermain dengan Hoverboard ni.  Cabarannya adalah untuk mengimbangi badan ke atas papannya. Tapi saya tak give up dan terus praktis sehingga saya berjaya bermain dengan stabil.

"Tapi masa praktis untuk mendapatkan keseimbangan badan tu, saya terjatuh beberapa kali sehingga lutut dan tangan saya lebam semuanya.

"Bagaimana pun saya tetap berbangga dengan diri saya kerana d hanya dalam 1 hari saya sudah berjaya bermain Hoverboard dan keesokan harinya saya sudah boleh kawal ia dengan baik ketika membawanya ke tempat shooting," katanya.

Chacha memberitahu permainan Hoverboard yang dimilikinya itu kini telah menjadi satu alat pergerakan yang efektif  ketika dia berada di set penggambaran.

Mengenai perkembangan lain Chacha kini sedang membintangi  program realiti digital The House bersama dua orang kakaknya,  Emma Maembong dan Yaya Maembong.

 The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30

Oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 24 Nov 2015

Read more ...

Konsert RETROFEST ASIA 2015 di Sunway Lagoon

RETROFEST ASIA 2015 is back! The huge success of Retrofest 2014 has left 80's & 90's music fans yearning for more.

This year another FOUR superstars MC HAMMER, ALL 4 ONE, DIANA KING & TOMMY PAGE that rocked and dominated the radio airwaves, club playlists and music charts in the 90's will takes turns on the main stage line up for a fun packed weekend of festival action and the best music from the coolest decade.

Relive classic chart-toppers like 'Can't Touch This', 'Too Legit to quit', 'Shy Guy', 'Say A Little Prayer For You', 'A shoulder to Cry on', 'Ill be your everything' , 'I swear' , 'I can love you like that' , etc

Each artist will be performing with their own band to give us a full show experience and Oh ya, MC Hammer will be coming with his famous 'parachute' pants and dancers!

The event will kick off at 6pm to 12 midnight on Saturday, 12th December 2015 at Surf Beach, Sunway Lagoon.

UntitledRETROFEST ASIA 2015

Komen via Facebook

Komen

— 169 Bacaan
Read more ...

Tersilap rakam percutian Vegas dalam mod selfie, lelaki diberi peluang kedua

iriz

VIRAL di media baru-baru ini, perbuatan lucu seorang bapa warga Irish, Joseph P. Griffin yang merakamkan perjalanannya di Las Vegas dalam keadaan mod 'selfie' secara tidak senjaga.

Joseph yang berlepas untuk bercuti di Las Vegas telah membawa sekali kamera  mudah alih Go Pro yang diberikan oleh anaknya, Evan Griffin untuk merakam perjalanannya ke situ bagi tujuan kenangan.

Apa yang melucukan ialah, Joseph telah merakam sepanjang perjalanannya di Vegas dalam keadaan mod 'selfie' tanpa disedari.

Anaknya, Evan Griffin kemudian memuat naik video tersebut di laman YouTube pada 13 November dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Lebih menarik, selepas video tersebut mendapat tontonan lebih dari 7 juta, Joseph diberi peluang kedua untuk bercuti di Las Vegas dan merakam sepanjang perjalanannya di situ dengan menggunakan Go Pro.

Hadiah percutian ini telah diberikan oleh Las Vegas Convention and Visitors Authority khas untuk Joseph dan Evan.

Memetik laporan Yahoo!, mereka dikatakan telah menerima layanan VIP sepanjang percutian mereka disitu.

Berita berkaitan:

Suspek kedua rogol budak diberkas

Jual Janggut Dengan Harga RM2.9 Juta

Ibu Enggan Menerima, Jumpa Bayinya Yang Berkepala Dua

Belon udara di Turki jatuh, rakyat Malaysia parah

Maut guna pil kurus lepas dipanggil gemuk

Komen

comments

Read more ...

'Nak Jimat Belanja, Tanamlah Sayur-Sayuran, Bukannya Bunga'

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri berbanding dari menanam bunga dan pokok-pokok perhiasan, demikian saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Katanya, dengan cara itu rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport yang kini harganya semakin mahal, kesan kadar pertukaran dan nilai ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat.  "Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan. Maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," katanya di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) Bukit Katil).  "Semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.  "Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada (menanam) pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah. Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya berseloroh. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Pembocor Dokumen Yapeim Hampir Dikenalpasti - Abibullah Samsudin

24 Nov - Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim) berkata pihaknya hampir mengenal pasti pihak yang membocorkan dokumen sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan dan fitnah berikutan dokumen yang dibocorkan itu tidak lengkap.

Menurut Ketu Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan membocorkan dokumen itu dilakukan oleh orang dalam Yapeim sendiri dan juga unsur-unsur luar.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya mmenyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan.

"Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

"Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar," katanya memetik laporan Utusan Online.

Read more ...

Ketua cawangan nafi dibiayai gesa Najib berundur

Jurucakap 81 ketua Umno cawangan dari lapan bahagian Umno di Johor yang menggesa pengunduran Datuk Seri Najib Abdul Razak, menafikan dakwaan bahawa tindakan mereka didalangi pihak tertentu.

Malah jurucakap tersebut, Zainuddin Hamid turut menafikan bahawa pihaknya dibiayai supaya menggesa Najib berundur daripada jawatan presiden Umno.

"Yang mengatakan kami didalangi mana-mana pihak dan dibiayai adalah kenyataan tak berasas dan tak bertanggungjawab.

"Kita perjuangkan atas nawaitu kita sendiri.

"Kami bergerak guna kudrat dan kemampuan kami sendiri atas niat pertahankan bangsa Melayu dan Malaysia," katanya dalam sidang media di Skudai, Johor Bahru malam tadi.

Malah sebelum sidang media bermula, mereka turut mengutip duit dari setiap individu yang hadir bagi membuktikan bahawa mereka tidak dibiayai.

Menjawab soalan, Zainuddin berkata, kebanyakan pihak yang dilihat anti-Najib merupakan merupakan ahli Umno yang sah, berjawatan serta berhak menyuarakan pendapat.

"Kami berhak menyuarakan apa yang nak kami sampaikan di peringkat cawangan," kata Zainuddin yang juga ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2.

Read more ...

1MDB jual aset tenaga RM9.83b kepada firma China

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi anak syarikatnya Edra Global Energy Bhd memeterai Perjanjian Jual dan Beli Saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) bagi menjual 100 peratus kepentingannya dalam semua aset tenaganya yang bernilai RM9.83 bilion.
Read more ...

Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka

Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka

BINTANG siri Two And A Half Men iaitu Charlie Sheen secara terbuka mengakui menghidap HIV Positif ketika muncul dalam program bual bicara saluran NBC pada Selasa.

Sheen, 50, menjelaskan dia mengetahui menghidap penyakit tersebut sejak empat tahun lalu namun tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti virus berkenaan.

"Kemunculan saya dalam program ini untuk memberitahu saya menghidap HIV positif dan ia bukan sesuatu yang mudah.

"Ia mengubah hidup saya secara keseluruhannya," katanya.

Pelakon itu turut memberitahu pernah membayar wang sebanyak USD10 juta (RM42 juta) kepada individu yang mengetahui kondisi penyakitnya agar mereka menutup mulut dan tidak mendedahkan kepada media.

Bagaimanapun kata Sheen, selepas pendedahannya itu dia tidak akan membayar sebarang wang lagi kepada beberapa individu berkenaan dan menganggap ia seperti keluar daripada penjara.

Charlie Sheen Hidap HIV Positif

Charlie Sheen ketika muncul dalam program bual bicara NBC mendedahkan dia menghidap HIV Positif.

"Selepas hari ini saya tidak akan membayar kepada sesiapa. Ia seperti bebanan yang saya pikul terlalu lama dan hari ini saya bebas," katanya.

Bercakap mengenai penyakitnya itu, Sheen berkata, dia mula berasa tidak sihat selepas mengalami sakit kepala selain berpeluh setiap malam.

"Keadaan saya ketika itu sangat teruk sehingga ada ketikanya saya menyangka mengalami tumor dibahagian otak dan selepas diperiksa doktor memberitahu saya menghidap HIV positif," katanya.

Sebelum ini, Sheen memang dikenali sebagai seorang penagih dadah selain mengalami masalah ketagihan alkohol dan sering melanggan pelacur.

Dalam pada itu, Sheen berkata, sejak mengetahui dia menghidap HIV positif, dia akan memberitahu terlebih dahulu kepada pasangannya tentang kondisi penyakitnya.

Malah dia turut menegaskan tidak pernah menyebarkan virus penyakit itu kepada mana-mana pasangannya.

Sementara itu, doktor yang merawat Sheen iaitu Robert Huizenga yang turut muncul dalam program berkenaan memberitahu pelakon itu memberi respon sangat baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Malah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara berkala terhadap Sheen menunjukkan virus berkenaan tidak dapat dikesan dalam sistem tubuh badannya.

Sumber dari Mstar.

1,586 total views, 1,586 views today

Read more ...

PS2 SS DATO DR ASRI-BERSATU DLM KETAATAN

Onekuliah PS2 SS DATO DR ASRI-BERSATU DLM KETAATAN
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *