Recent Post

Friday, October 09, 2015

Kehilangan Orang Asli SK Tohoi: Dua mangsa, mayat ditemui di bawah akar pokok besar

Hasil temu bual awal dengan kedua-dua mangsa mendapati mereka hanya makan rumput dan buah-buahan yang ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Read more ...

MAHU MUHASABAH DIRI - TASHA SHILLA ANGGAP UJIAN TARBIAH ALLAH

Sering dihimpit dengan kontroversi yang ditimbulkan dirinya sendiri sepanjang tahun ini sebenarnya membuatkan Tasha Shilla, 28, lebih berhati-hati dalam meneruskan perjalanan kariernya dan mahu bermuhasabah dengan apa yang telah terjadi.

"Saya kini lebih berhati-hati dan lebih mendalami setiap perjalanan hidup dan karier Tasha sendiri. Setiap hari Tasha belajar daripada kesilapan. Dugaan dan ujian yang hadir, kita sendiri tak duga. Tapi Tasha terima dengan reda, asalkan kita tak putus asa dan kena selalu fikir positif.

"Tipulah kalau Tasha kata tak pernah kecewa dengan apa yang berlaku sebelum ini, tapi sampai bila nak bersedih? Kita tak digalakkan untuk terus rasa kecewa"

"Setiap apa yang berlaku it u adalah tarbiah daripada Allah untuk buatkan kita lebih kuat hadapi perjalanan hidup. Sebab itulah Tasha lagi suka ambil positif dan selalu bersangka baik," ujar Tasha dipetik sebagai berkata.

Selain itu, dalam masa yang sama, Tasha juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang lelaki asalkan lelaki bertuah tersebut sanggup mempertahankan masa depan mereka bersama.

"Tipulah tak ada kan, tapi kalau hati dah kata tak suka, nak buat macam mana lagi kan? Tasha tidak menutup sepenuhnya hati untuk mana-mana lelaki. Tapi seperti yang Tasha katakan tadi, kalau tak ada keserasian buat apa kita terima kan?

"Malah, Tasha tak pernah letakkan kriteria tentang lelaki, cukup sekadar dia boleh terima Tasha dan jujur serta sanggup mempertahankan masa depan kami bersama," jelasnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Pasangan Zina Ini Mati Dalam Kemalangan Yang NGERI Dan Sangat MEMALUKAN

Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya. Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur. Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy……  Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu. Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai. Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, "Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu". Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur……… Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?  Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum? Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita. Wallahualam.. Nauzubillah Min Zalik
Read more ...

Berang Disaman, Lelaki Beri Tandatangan 'Puk*mak'

KOTA KINABALU - Berang disaman oleh anggota polis atas kesalahan trafik, seorang pengguna jalan raya sengaja bertindak memaki & mengaibkan anggota polis.  Jeffrey Sia Kee, 33, berang dikenakan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu, menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan luc-ah di atas kertas saman yang diberikan. Tindakan biadabnya itu membuatkan anggota yang bertugas terpaksa mengambil tindakan dan Jeffrey ditahan serta merta dalam insiden yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu pada jam 10.40 pagi semalam. Mana-mana pengguna jalan raya yang sengaja bertindak mengaibkan anggota polis boleh dikenakan hukuman penjara seminggu berserta dengan saman RM5,000 jika disabit bersalah oleh mahkamah. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Bumi Bergelap 15 Hari November ini? Ini Penjelasan Dari Angkasa

KUALA LUMPUR - Berikutan satu keratan 'berita' yang mnejadi viral di media sosial & aplikasi Whatsapp, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) tampil menafikan berita tersebut.

Angkasa dalam satu kenyataan berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak akan memungkinkan sebarang proses seperti yang diceritakan di dalam 'berita' tersebut.

Selain itu, melalui semakan keatas laman web NASA pula mendapati keadaan planet Musytari yang kelihatan terlalu hampir dengan planet Zuhrah adalah perkara yang normal. Fenomena ini dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction'. "Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.

Pihak yang bertanggungjawab

Setelah diperiksa, 'berita' bumi bergelap itu sebenarny a berasal dari laman web satira, newswatch33.com. Laman web ini sememangnya banyak mengeluarkan artikel-artikel palsu yang bertujuan mengelirukan orang ramai terutama pengguna media sosial.

Artikel tidak bertanggungjawab itu dikeluarkan oleh laman web tersebut pada 14 Julai 2015.

Artikel terbabit mendakwa pihak NASA mengesahkan bumi bakal bergelap mulai 15 hingga 30 November ini berikutan planet Musytari dan Zuhrah yang berada dalam kedudukan yang hampir selari.

Artikel itu juga mendakwa Ketua Pentadbiran NASA, Charles Bolden memberi penjelasan terbabit kepada White House. Menurut artikel itu, NASA memberitahu fenomena yang dikenali sebagai "November Black Out" ini hanya berlaku sekali dalam sejuta tahun.

Orang ramai dinasihati agar tidak berkongsi apa-apa artikel dari laman web newswatch33.com. - Siakapkeli .my

Read more ...

TPPA: PAS akan adakan sidang meja bulat bersama NGO

PAS bersama NGO akan mengadakan satu persidangan meja bulat bagi membincangkan isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Seperti Kongres Rakyat, meja bulat ini akan memberi peluang kepada semua pihak mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata peluang wajar diberi bukan hanya kepada ahli Parlimen sahaja, sebaliknya semua pihak yang ingin memberikan pandangan.

"Negara kita mempunyai ramai pakar ekonomi dan strategik yang mampu menyumbangkan idea bernas bagi memuktamadkan pendirian negara sama ada menerima atau menarik diri dari perjanjian tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tanpa sebarang maklumat, dan selepas 13 tahun rundingan, 12 negara yang mengawal 40 peratus ekonomi global akhirnya mengumumkan mereka sudah mencapai kata setuju terhadap TPPA.

"Asalnya ia cuma satu perjanjian perdagangan, namun kini keluasan kuasa TPPA amat menggerunkan kerana ia meliputi hak pekerja, alam sekitar, perlindungan harta intelek, kastam, e-perdagangan dan juga pelaburan.

"Apakah TPPA ini sudah muktamad? Tidak lagi. Ia masih jauh. Ia mungkin setahun lagi ataupun lebih lama, sebelum perjanjian itu ditandatangani dan ditutup dan dihantar ke semua negara ahli.

"Pergolakan politik di mana-mana negara akan menyebabkan ini tergendala. Bahkan di Amerika sendiri, Presidennya Barack Obama juga menghadapi tentangan Hillary Clinton yang menentang TPPA selain pihak Republican," tambahnya.

Tuan Ibrahin berkata, kini TPPA akan dibawa ke parlimen Temasing-masing untuk didebatkan sebelum sesebuah kerajaan menandatanganinya.

"Walaupun ahli politik tidak boleh mengubah kandungan TPPA, namun mereka boleh mengundi untuk mengubah mana-mana undang-undang tempatan, termasuk tarif dan hakmilik intelek bagi memenuhi kehendak TPPA.

"Perkara yang paling ingin diketahui kini – apakah faedah dan keburukan TPPA? Prestasi kabinet juga mengoyahkan rakyat apakah pimpinan hari ini boleh berunding dengan baik untuk mendapat kelebihan bagi Malaysia di TPPA," katanya.

Beliau mendakwa skandal yang menyelebungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tatkala TPPA mencapai persetujuan, juga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap rundingan TPPA dalam melindungi kepentingan negara dan rakyatnya.

Menurutnya, dengan duti eksport yang bakal dimansuhkan di dalam urusan perdagangan antara 12 negara ini, apakah impaknya pada perniagaan skala kecil dan sederhana negara tatkala rakyat boleh menikmati barangan import dengan murah dan juga caj perkhidmatan telefon antarabangsa yang lebih murah.

"Apakah yang akan berlaku pada industri tempatan - seperti Proton dan Perodua jika kereta Jepun dapat memasuki pasaran negara secara bebas?

"Oleh kerana tiada siapa yang tahu isi kandungan perjanjian tersebut, maka Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu mengemukakan kesemua draf perjanjian yang telah dimuktamadkan minggu lalu.

"Rakyat terpaksa menunggu beberapa minggu lagi sebelum dapat mengetahui kandungan TPPA yang akan dipaparkan ke awam. Namun, PAS percaya banyak lagi kandungan yang akan terus dirahsiakan," tambahnya.

Read more ...

Pasar lama Chow Kit musnah terbakar

KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran tadi.
Read more ...

Hanez Suraya Terima Dikecam Hebat Selepas Gambar Mesra Sekali Lagi Tersebar!

Sejurus selepas sebuah fanpage terkemuka negara RotiKaya memuat naik semula gambar pelakon yang pernah mencipta kontroversi di Malaysia ini iaitu Hanez Suraya, dia telah dikecam teruk ! gambar tersebut menunjukkan Hanez Suraya Berpelukan bersama suaminya . Akibat gambar tersebut pengikut menyifatkan gambar tersebut agak tidak manis dipandang walaupun mereka sudah mempunyai ikatan yang sah, kerana boleh mendatangkan fitnah bagi sesiapa yang tidak mengenali mereka. Disamping itu juga, gambar tersebut juga dikatakan boleh menjadi punca anak-anak muda bawah umur terikut-ikut dengan kelakuan mereka dalam gambar tersebut. Namun Hanez Suraya belum lagi mengeluarkan kata-kata balas untuk komen sebegitu, Adakah Hanez yang dulunya pernah mencipta kontroversi kerana merampas suami orang ini akan tampil untuk membetulkan keadaan? sama-sama kita tunggu.
Read more ...

TMJ Akhirnya Dedah Rahsia Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia

Kaki Berita Online TMJ Akhirnya Dedah Rahsia Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia PENDEDAHAN FAKTA BOLASEPAK DALAM SEMINAR BERSAMA PENYOKONG DI STD LARKIN. Perjanjian terbaru FMLLP antara FAM dan MP SILVA, hasil penyiaran dibahagikan seperti berikut: pasukan-pasukan bertanding menerima 30%, FAM 40%, pengurusan liga 20% dan untuk pengadil serta pengurusan akar umbi 10%. ----------- Sebagai contoh, sekiranya jumlah hasil penyiaran liga setiap tahun adalah RM70 juta, RM21 juta akan diagihkan kepada semua pasukan dimana setiap pasukan mendapat RM1 juta. FAM menerima RM28 juta, pengurusan liga RM14 juta dan untuk pengadil dan pengurusan akar umbi sebanyak RM7 juta. ----------- Sepatutnya peruntukan pengadil disalurkan kepada badan pengurusan pengadil yang berkecuali, supaya tiada isu berat sebelah kepada setiap pasukan. ----------- Menjadi persoalannya, mengapa FAM menerima RM28 juta sedangkan FAM tidak menguruskan liga? Perjanjian terdahulu antara FAM dan ASTRO, FAM menerima RM30 juta hingga RM40 juta daripada ASTRO setiap tahun dengan syarat diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam RM1 juta atau RM2 juta. Tetapi JDT hanya menerima RM180,000 sahaja. Ke mana pergi selebihnya? --------- Yang terbaru, FAM membuat perjanjian dengan MP SILVA, jika mahu menguruskan liga FAM akan menjual hak penyiaran kepada mereka. Liga Malaysia bukan milik FAM. FAM hanya "pemegang amanah". Liga ini adalah hak ahli gabungan. Jikalau tiada ahli gabungan, tiada pasukan bertanding dan tiadalah liga. Apabila tiada liga tiadalah badan induk iaitu FAM. ---------- Inilah bukti yang FAM mengaut keuntungan melalui pengagihan bahagian yang tidak adil. ----------- Bolasepak adalah hakmilik rakyat dan orang ramai. Bolasepak ini bukan periuk nasi saya. Saya buat kerana sukakan melihat rakyat saya bersatu. Saya buat dengan jujur dan ikhlas. Jikalau pemimpin tidak boleh berlaku jujur, tidak ikhlas, tidak boleh menjalankan tugas, tiada ketelusan, ianya bermakna dia tiada kaliber sebagai pemimpin. -------- Apa yang akan memajukan bola sepak tanahair bukan sahaja pihak FAM, tetapi mentaliti pemikiran kita. Tindakan lebih bermakna dari kata-kata. Jikalau mereka ikhlas untuk memajukan bolasepak tanahair, saya ada mengemukakan cadangan-cadangan kepada FAM. Jika mereka tidak kisah, bermakna mereka tidak pedulikan pasal bolasepak. -------- Amat mendukacitakan kerana suara penyokong bolasepak tidak didengar oleh pihak atasan (FAM). Di Johor, Alhamdulillah syukur, kita ada lain sedikit, mungkin budaya di sini lain sedikit kerana suara mereka didengar sejak hari pertama. Mungkin cara mereka bekerja, melaksanakan tugas, prinsip mereka tu lain, tapi mereka kena faham bahawa bolasepak bukan milik mereka tetapi adalah milik seluruh rakyat. --------- Mereka yang menjalankan tugas bagi persatuan bolasepak perlu jujur dan telus. Mengenai hak penyiaran, ramai yang pandai bercakap tetapi semuanya temberang. Tiada yang bercakap berlandaskan fakta sehingga mengatakan TMJ sibuk memperjuangkan hak penyiaran kerana JDT sudah berbelanja besar. Sebenarnya hak penyiaran ini adalah hak semua pasukan yang bertanding. Hak penyiaran adalah tulang belakang dari segi kewangan kepada setiap pasukan yang bertanding. --------- Di liga-liga bolasepak maju, 90% hasil hak penyiaran diagihkan kepada pasukan, manakala apa sahaja yang mereka dapat melalui penajaan adalah merupakan bonus tambahan untuk pasukan. Berbeza dengan kita, Astro membayar kepada FAM RM220 juta sejak 2011 hingga 2014 dengan syarat FAM mengagihkan kepada semua pasukan bertanding. Kita semua tahu ini pasukan-pasukan bertanding tidak menerima apa-apa, dan FAM telah "merompak" hak pasukan. ---------- Bagaimana FAM hendak menutup pintu gejala rasuah bolasepak sekiranya pasukan tidak berkemampuan untuk menguruskan pasukan masing-masing? Kalau semua pasukan dapat hasil penyiaran yang sepatutnya, dapatlah mereka membayar gaji mengikut masa dan elaun-elaun yang walaupun sedikit pasti dapat membantu menutup pintu rasuah bolasepak. ---------- Sekarang ini, masih wujud lagi gejala rasuah bolasepak kerana terdapat masalah pembayaran gaji pemain. Saya tidak salahkan pasukan, kerana saya tahu bagaimana peritnya mencari dana untuk pasukan. Bagaimana pasukan hendak bertahan kalau FAM sebagai badan induk bolasepak tidak membantu? Dengan keadaan sekarang, tak perlulah hendak bercerita tentang menswastakan liga. ---------- Bolasepak tanahair ketinggalan 40 tahun ke belakang kerana tidak ada yang bergerak dalam bola sepak. Tiada ada orang yang hendak menggerakkanya. Kini saya menerangkan berkenaan hak penyiaran kerana saya menyuarakan perkara yang betul, kerana itu adalah hak pasukan. Lihat sahaja Cardiff City, mereka dapat RM75 juta hasil penyiaran, dan mereka berada di divisyen dua liga Inggeris. Kita perlu menentang korupsi. Sekiranya FAM ikhlas hendak mengubah hala tuju bolasepak tanahair, baik mereka memandang serius perkara ini. ---------- Johor mempunyai padang yang terbaik dan fasiliti terbaik di tanahair, dan kami hanya mebelanjakan kurang RM200,000 untuk penyelenggaraan termasuk staff, barang-barang dan alatan penyelenggaraan. Kita mestilah berbelanja mengikut kemampuan. Jika kita dapati dana pasukan kita amat terhad, kita boleh kurangkan pengambilan pemain import dan lebihkan pembangunan pemain tempatan. Janganlah sampai kita melebihkan pemain import sehingga nasib pemain tempatan kita terabai. ----------- Sebagai ketua atau pemimpin, kita perlu bertanggungjawab. Tidak boleh cakap "tak apa", kerana itu membawa maksud anda lepas tangan. Saya ni sentiasa bersuara kerana saya suka tengok orang lakukan sesuatu tu dengan ikhlas, jujur dan tidak mengambil kesempatan, serta jangan menipu dan membodohkan orang ramai. Anda sebagai penyokong perlu tahu apa yang berlaku kerana itu hak anda. ----------- Berkenaan pasukan kebangsaan, saya berharap FAM membuat pilihan jurulatih yang betul. Ada yang mengatakan bahawa kita tidak boleh selamatkan lagi bolasepak tanahair, bahawa kita cuma boleh berharap pada pembangunan belia. Takkan hendak ditunggu pemain yang sekarang ni berumur 12 tahun? Bagaimana pula nasib pasukan yang sedia ada? Mari betulkan dahulu apa yang ada. Selagi boleh diperbetulkan, kita usahakan. Itulah tindakan yang sepatutnya diambil. Ambillah jurulatih yang layak dan betul-betul boleh buat kerja, berikan kebebasan. Jangan 'berkongsi' gaji dia. Kita ada potensi dan peluang untuk naikkan bolasepak negara, tetapi ianya perlu dilakukan dengan cara yang betul. ---------- Harimau Muda ni diwujudkan kerana ada individu yang ingin mengambil kesempatan membuat duit. Dihantar ke sana sini, tetapi bila ada perlawanan, tak pernah menang pun. Sepatutnya, jika semua pasukan mempunyai asas kewangan kukuh, pembangunan belia diwajibkan daripada umur 8 tahun hingga 16 tahun kepada semua pasukan yang bertanding, tetapi malangnya mereka tidak ada peruntukan. --------- Bolasepak sukar hendak maju kerana ramai yang memegang jawatan atas kepentingan politik. Kepada mereka yang berangan untuk menswastakan liga, pada saya liga kita belum bersedia untuk diswastakan kerana masalah kewangan setiap pasukan. Pasukan tidak ada stadium sendiri, malah pusat latihan sendiri pun tidak ada maka bagaimana hendak swastakan liga? ---------- Kepada laman-laman web dan facebook bolasepak, janganlah beri harapan palsu kepada penyokong. Cakap berpandukan fakta, berikan maklumat yang betul kepada penyokong. Jangan sebarkan gosip kerana ia tidak akan membawa ke mana. Sampaikan kepada semua penyokong dari utara ke selatan situasi sebenar yang berlaku dalam bola sepak. --------- Daripada bergaduh antara satu sama lain, baik anda "bergaduh" dengan Presiden anda sendiri kerana mereka tidak menggerakkan pasukan hinggalah ke hari ini. Itu pandangan ikhlas saya.. DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *