Wednesday, September 30, 2015
Harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik 10 sen bagi Oktober
[VIDEO] Awek Nerd Belasah Abang Muay Thai Hingga Lunyai Jadi Viral
36 GAMBAR - MAJLIS HARI LAHIR ANAK CHE TA, AMMAR EFFENDY MERIAH
Anak sulung kepada pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), Ammar Effendy baru sahaja menyambut majlis hari lahirnya yang ke-19 pada Isnin lalu.
Majlis tersebut telah berlangsung secara eksklusif dan meriahnya di Flora Terrace, Hampshire Place, Ampang serta turut dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan juga teman rapat.
Sempena ulangtahun anak sulungnya, Che Ta telah menghadiahkan jam tangan jenama Bell & Ross.
Menurut Che Ta, dia membeli jam tangan tersebut dengan harga paling rendah selain melihat rekaannya sesuai dengan seorang remaja seusia anaknya.
"Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya b iasa-biasa sahaja.
"Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa," ujar Che ta dipetik sebagai berkata.
Berdasarkan semakan kami, jam tangan rekaan Bruno Belamich kelahiran Switzerland itu berharga antara RM18,000 hingga RM50,000.
Sebelum ini Ammar mendapat hadiah kereta mewah BMW kerana pencapaian terbaiknya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak dapat menggambarkan Ammar akhirnya sudah menjadi lelaki dewasa selepas melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan anaknya itu serta seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra, 17.
"Hampir 20 tahun, tidaklah sekejap mana sebab macam-macam peristiwa yang dilalui seiring dengan pembesaran anak-anak.
"Cuma kadang-kadang hati terdetik: "Ooo dah besar anak kita..."jelasnya.
Dalam pada itu kata Che Ta, sebagai seorang ibu yang sibuk dengan kerja, dia tidak boleh mengabaikan anak-anak yang sedang menempuh alam dewasa.
"Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup.
"Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata," katanya.
Mengenai Ammar, dia k ini sedang menuntut di Universiti HELP di sini mengambil jurusan Ekonomi.
Rozita juga mempunyai seorang anak perempuan, Aaishah Dhia Rana yang kini berusia 11 bulan, hasil perkahwinannya dengan aktor Zain Saidin.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomMASYAALLAH ! Ibu Terlibat KEMALANGAN Korbankan Nyawa Susukan Anak Sebelum Nafas Terakhir
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
"Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hosp...
-
Kandungan & manfaat : Pisang berbentuk mendinginkan. Zat tanin pada pisang berbentuk antiseptik, sedang zat saponin berguna mengencerk...
-
Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan ataupun melakukan persembahan. N...
-
Pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak dapat dinafikan antara pasangan yang cukup romantis bersama dan saling menghargai. Berkahwin...