Recent Post

Sunday, September 27, 2015

20 wanita asing ditahan di pusat hiburan di Georgetown

20 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan tanpa permit ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah.
Read more ...

#CAKAPUTARA Customer Service Maxis Ni Memang Style! Dia Bantai Cakap Utara Dengan Customer!

Telatah nakal pegawai khidmat pelanggan Maxis yang memudahkan urusan seorang daripada pelanggannya, berkemungkinan mendapat jaminan kenaikan pangkat. Menurut pengguna Twitter, Zahier Aiman Radzwan, pegawai khidmat pelanggan bernama Firdaus, berusaha gigih menyelesaikan masalah sambungan data telefon bimbitnya. Tulisnya dalam Twitter syarikat telekomunikasi itu: "Maxis, please give (tolong bagi) bonus or naikkan gaji Firdaus ni. He provide best customer service (Dia memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan." Dalam beberapa siri tweet, Zahier membuat aduan mengenai masalah penyedia perkhidmatan menerusi saluran pertanyaan untuk pelanggan dalam talian syarikat pada akaun Twitter, @MaxisListens. "Buat jam 12.12 malam. Jam 12.24 malam sudah pakai 80 peratus. Jam 12.26 malam, 100 peratus. Aku tak (tidak) pakai telefon pun," said Zahier. Beliau mengadu mendapatkan balasan yang pantas daripada Firdaus, yang sepatutnya mengendalikan akaun Twitter Maxis pada masa itu. "Sat la (tunggu sebentar) kami kena reply (jawab) tweet yang 'mai' (datang) sebelum 'ampa' (kamu). Tapi kami dapat tweet ini ja (sahaja). "Sungguh tak dapat, kami tak 'mohong' (bohong) aih. Cuba 'antaq' (hantar) lagi sekali tapi letak meksislisten itu dekat depan," kata pegawai khidmat pelanggan Maxis tersebut di laman Twitter, Maxis, dengan menggunakan dialek utara. Firdaus kemudian terus memberi panduan kepada Zahier bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu, ketika Zahier yang kecewa dengan masalah terbabit, berkata: "Baling buang phone (telefon) ni. Rugi duit betul." "Jangan la buang, sayang oi. 'Ampa' (kamu) try (cuba) off (tutup) data bagi mana-mana 'app' (aplikasi) yang jarang guna atau tak guna langsung. Off (tutup) lokasi perkhidmatan sama," balasnya. Balasan Firdaus dalam gurauan nakal menghiburkan Zahier yang kemudian berterima kasih apabila masalahnya selesai. Perbualan antara kedua mereka mendapat perhatian netizen yang turut mengakui berasa terhibur dengan cara pegawai perkhidmatan pelanggan itu berbanding kaedah komunikasi lama dengan pelanggan. @Amzar yang gembira dengan keadaan telus itu berkata: "Aiman and Maxis talk like they have known each other for ages." (Perbualan Aiman dan Maxis seperti mereka sudah kenal lama) @Sarah998 mengulas: "Haha, why is Maxis speaking in Kedah?." (Haha, kenapa Maxis bercakap dalam (dialek) Kedah?) Pada masa sama, pengguna lain @NassrolFahmi mendakwa Maxis tidak memberikan sebarang bonus kepada kakitangannya sejak lima tahun lalu. Siri perbuatan itu di`tweet' semula hampir 1,000 kali.
Read more ...

KES GUGUR - TEGAR & SUFI (AF2015) BAKAL DISAMAN

Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah, 30, lega tidak akan ada sebarang dakwaan dikenakan terhadapnya selepas kes kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi itu ditutup oleh pihak berkuasa Singapura.

Menurut Arif, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

"Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai.

Klik gambar untuk size besar

"Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil ter hadap saya dan kes itu telah pun ditutup," ujar Arif dipetik sebagai berkata.

Kata Arif lagi, dia dimaklumkan kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti kukuh selain kenyataan Tegar sebelum ini tidak konsisten kepada pihak polis.

Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufi Rashid.

Tegar dan Sufi bersama laporan polis yang dibuat terhadap Muhammad Arif pada Mac lalu.

Sehubungan dengan itu, Arif berkata, pada 22 september lalu dia telah pun membuat laporan polis terhadap Tegar berhubung kenyataan palsu diberikan kepada pihak berkuasa itu.

Katanya, bi arpun kes berkenaan telah pun ditutup namun dia mengambil keputusan untuk membukanya semula dengan membuat laporan polis bagi mencari kebenaran.

"Saya dinasihatkan supaya berfikir sebelum meneruskan laporan itu kerana Tegar masih kecil dan tidak tahu akan undang-undang di Singapura.

"Tetapi saya tetap teruskan kerana tujuan saya hanya satu untuk melihat sama ada dia akan mengaku disuruh (membuat laporan palsu) atau dia sendiri yang lakukan.

"Saya juga difahamkan penyanyi tersebut akan berada di Singapura pada Oktober ini dan saya telah meminta pihak berkuasa untuk segera melakukan siasatan," tegasnya.

Dalam pada itu, Arif berkata, dia telah pun melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap empat individu di atas penyeba ran fitnah terhadapnya sebelum ini.

Jelasnya, selain Tegar, tiga individu lain bakal dikenakan saman adalah peserta Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Sufi Rashid, Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher.

"Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan.

"Ini juga bukan soal balas dendam tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran setelah apa mereka lakukan kepada saya sebelum ini," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Arif berkata, dia akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung tindakannya itu selain akan membuat beberapa pendedahan terbaharu berhubung kes tersebut.

"Insya-Allah saya akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat ini," katanya.

Sumber: mStar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Cabul Wanita, Nigerian Maut Dibelasah AJK Pangsapuri

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba mencabul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu Bright Ogundu yang berusia 28 tahun. Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul. Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam. Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek.  Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya. Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Udara 16 kawasan tak sihat, Melaka tertinggi

Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara mengalami indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 6.00 petang ini dengan Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 134, diikuti Balok Baru, Kuantan (129), Kemaman, Terengganu (125) dan Shah Alam, Selangor (111).

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain ialah Indera Mahkota, Kuantan (110); Batu Muda, Kuala Lumpur (109), Port Dickson, Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya, Selangor (108); Seremban, Negeri Sembilan (106); Kuching, Sri Aman, Sarawak dan Putrajaya (105); Bukit Rambai, Melaka dan Banting, Selangor (104); dan Nilai, Negeri Sembilan (103).

Sementara itu, 27 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana dan hanya lapan kawasan mencatat bacaan sihat.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

- Bernama

Read more ...

EPL: Chelsea lakukan kebangkitan lewat permainan untuk ikat Newcastle

LONDON: Chelsea melakukan kebangkitan pada saat akhir untuk mengikat Newcastle United 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James Park, yang berakhir sebentar tadi.
Read more ...

'Coli Perempuan Tu Atas Katil Saya' - Wanita Ini Rayu Skandal Suami Pulangkan Kembali Suaminya

Terkesima kami tatkala membaca luahan hati wanita ini yang berkongsi kisah sayu di mana suaminya telah 'dirampas' oleh wanita lain. Lebih menyayat hati, meskipun suaminya didakwa 'kantoi' bersama wanita tersebut di dalam rumahnya, dia tetap mahu suaminya kembali ke pangkuan mereka sekeluarga. Tabahnya hati wanita ini… Dulu sama-sama susah

Dulu suami sy jual bege ngn apm blk.sama2 susah dgn sy.tp bl pndah kl dpt kje gj bsr skit dia buang sy ngn ank2 mcmtu je sbb pmpuan ni.

Sy dpt tau pasal skandal suami ni pn sbb Allah dh aturkn smuanya.3mnggu su melihat prubahan ketara pd suami.xpdulikn sy dn ank2.blk kje smpai kesubuh… dgn keadaan sy yg sarat mngandung.. dlm 3mnggu tu tiap2 mlm sy buat solat hajat..istikharah dan tahajjud.pastu sy baca yassin tiap2 hari mntak ptunjuk pd Allah knp suami sy tiba2 berubah hati.dh takdir Tuhan nk tnjuk smuanya.sy mntk ngn suami nk blk kg.

Coli perempuan itu atas katil saya!

slama 3hr sy kt kg.sy rasa xsdp hati.gelisah jiwa.sy blk ke kl dgn abg sy tanpa pngetahuan suami sy.stibanya di rmh sy trnampak slipa pmpuan. suami sy mngkin dgr bunyi kunci dan trus bukak pntu tanpa sy yg bukak.

muka dia nmpak sgt trkejut dgn kehadiran sy dn ank2.suami hanya bekain pelekat tanpa baju.sy trus msk kedlm rmh..suami tahan sy xbg msk.tp sy tolak dia.remuknya hati sy bila nampak pekaian dlm..coli baju pmpuan tu kt ats katil sy.beg pempuan tu.brg mandi dlm bilik mandi kami.hancur luluh perasaan sy.sbb sy xsngka suami snggup buat sy mcmni sdgkn sy sdg mngndung 9bln.perempuan trus lari kluar bila sy masuk.sy meraung menangis.tp suami diam je.

Saya keseorangan sampai bersalin..

hari tu jgk sy blk ke kampung sy.smpai hari bsalin sy keseorangan.sy uruskn hal2 hospital sndiri. saya sakit nk bsalin jam 3 pg.sy drive sndiri pergi kehospital.bila sakit dtg sy genggam stereng kuat2.sy mohon Allah beri sy kekuatan.smpai hospital 3.30pg.jam 4.30pg sy slamt lahirkn bayi sy.hanya sejam sy sakit.alhamdulillah..Allah mmg mudahkn segalanya.sy mngucap syukur xtrhingga.suami sy lgsung xpeduli pasal ank dia.sy sedih sgt2.tp sy mash blh kawal perasaan.

suami xtahu sy dh slamt bsalin.lgpun dia lgsung xpdulikn kami lg.sdgkan sy masih isteri dia yg sah.sy mohon pd pemilik wajah ni..tlgla tinggalkan suami sy.bina kebahgiaan ats kesengsaraan org lain xkan kekal…pulangknla suami sy semula.kasihanilah ank2 sy yg masih memerlukan kasih syg ayahnya..

Sumber: Wan Noor Hawa Fitriah
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *