Recent Post

Friday, September 11, 2015

[VIDEO] Artis K-Pop Ini Jatuh Terlentang 9 Kali Ketika Buat Persembahan Ditonton SEJUTA Kali


Scroll Ke Bawah Untuk Melihat Video Menjaga setiap langkah semasa membuat persembahan di atas pentas sudah pasti menjadi satu perkara yang amat dititik beratkan oleh ramai penyanyi, mungkin kerana takut tersilap langkah atau demi memastikan persempahan yang dilakukan adalah yang terbaik. Terbaru video sebuah kumpulan K-Pop wanita yang terjatuh semasa membuat persembahan telah menjadi viral di laman Youtube. Video ini menjadi viral bukan hanya kerana penyanyi-penyanyi ini jatuh tetapi sikap mereka yang terus membuat persembahan demi membari kepuasan peminat yang setia memberi sokongan.

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gfriend itu membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaru mereka berjudul Me Gustas Tu di mana semasa menari di pentas beberapa ahli kumpulannya dilihat jatuh. Dikatakan lantai pentas menjadi licin kerana baru berlaku hujan lebat sebelum itu menyebabkan lantai basah. Turut tersembam di hadapan penonton dan peminat mereka, Sin B juga mengalami nasib yang sama dengan Yuju. Walau bagaimanapun, semangat dan komitmen yang mereka tunjukkan itu dikatakan telah memberi inspirasi kepada orang ramai yang menyebabkan video itu viral. Video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1 juta kali sejak ia dimuat naik pada sabtu lalu.
Read more ...

Adakah gambar ini mencetuskan perceraian Lara Stone dengan David Walliams?

David Walliams menyalahkan isterinya yang merupakan seorang model tentang kelakuannya yang tidak munasabah atas penceraian mereka selepas lima tahun perkahwinan.

Pelakon komedi yang berusia 44 tahun ini mengesahkan pencerainnya dengan isteri Lara Stone,31 di mahkamah semalam yang hanya berlansung selama 60 saat.

Pasangan ini dilaporkan berkongsi dengan harta kekayaan sebanyak £19 juta. Telah tinggal berasingan selama enam bulan yang lepas, selepas Lara Stone bergambar separuh bogel bersama Justin Bieber yang berusia 21 tahun ini .

Bieber yang telah bergambar dengan ibu kepada seorang anak ini untuk kempen Calvin Klein dikatakan telah mengajaknya keluar sewaktu dalam pembikinan iklan tersebut, ternyata Justin tidak tahu bahawa Lara sudah pun berkahwin dan ajakannya telah ditolak.

Pada bulan Mac, Walliam dikhabarkan kecewa dengan sikap isterinya yang mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah mereka.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki, Alfred yang berusia dua tahun, telah berkahwin  di Claridge's hotel pada tahun 2010.

Lara

Saat bahagia Lara Stone dan David Walliams

Berikut dibawah adalah sedutan dari iklan bagi kempen Calvin Klein
Read more ...

PERTAMA KALI BERLAKON - TUN DR MAHATHIR RASA GEMENTAR

Pertama kali berlakon, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 90, memberitahu bahawa beliau berasa gementar dan terpaksa mengulangi beberapa kali dialog pada babak yang dilakonkannya dalam filem 'Kapsul'.

Menurut Tun M, beliau diberi skrip dan latihan untuk menghafal dialog beberapa minit sebelum penggambaran berlangsung.

"Sampai sekarang saya masih gementar, saya diberi skrip pada hari penggambaran dan latihan beberapa minit sahaja.

Klik gambar untuk size besar

"Secara keseluruhannya, saya ada beberapa kali terpaksa ulang semula lakonan," ujarnya ketika sidang media majlis pra tonton filem Kapsul, di Cineleisure The Curve.

Hadir sama pada pra tonton itu isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Tun M diminta mengulas mengenai pengalaman pertamanya sebagai pelakon dalam filem 'Kapsul' arahan Allahyarham Martias Ali.

Difahamkan, dalam filem tersebut Tun M hanya melakonkan lima babak.

Dalam pada itu, Tun M berkata, lakonan merupakan perkara yang belum pernah dilakukan selama ini dan sepanjang penggambaran, beliau hanya mengikut arahan yang diberikan pengarah.

"Lakonan adalah perkara yang tidak pernah saya lakukan. Saya meletakkan diri saya sebagai pelakon dan hanya mengikut sahaja arahan pengarah.

"Walaupun masih lagi gementar, namun saya boleh katakan kepada masyarakat saya sudah bergelar pelakon," katanya berseloroh.

Sementara itu, ditanya tentang filem tersebut, Tun M berkata, dia berpu as hati dengan mesej yang disampaikan.

Katanya, filem tersebut berbeza dengan kebanyakkan karya tempatan terutamanya ketika mengimbau zaman silam dan menghargai perjuangan masyarakat dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan.

"Saya berpuas hati dengan filem ini dan saya bangga kerana arwah (Martias) boleh menjangkakan apa yang terjadi seperti yang saya perkatakan.

"Saya juga tegaskan filem ini tiada kaitan dengan politik, tapi tentang perjuangan dan misi Wawasan 2020," jelasnya.

Selain itu, beliau turun berharap agar lebih banyak filem yang memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat terutamanya generasi baharu tentang perjuangan mencapai kemerdekaan.

Filem Kapsul diterbitkan oleh Two Tones Sdn Bhd dan dibarisi pelakon seperti Faizal Hussein, Elly Mazlein, Jue Aziz, Zamarul Hisham, Datuk Rahim Razali dan Normah Damanhuri.

Ia mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Mahathir telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Huss ein) kembali ke zaman silam.

Kapsul ini dijangka bakal ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.

ATAU KLIK DISINI

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Ustaz Berani Mati, Tegur Cara Pemakaian Tasha Shilla Jadi Viral

Nampaknya selepas beberapa kali tampil dengan fesyen mencolok mata, Tasha Shilla kini bagaikan sudah 'lali' dengan teguran netizen. Semalam sekali lagi Tasha Shilla dihentam teruk oleh netizen gara-gara penampilannya di sebuah event. Hal ini turut mendapat perhatian seorang ustaz yang tampil menegur pemakaian seksi Tasha Shilla. Tasha Shilla nak dengar ke tidak terpulang pada dia, yang penting ada ahli agamawan yang sudah menjalankan tugas mereka.

Jangan cari populariti yang jatuhkan imej & maruah

Ketika dihubungi, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap para selebriti seharusnya mengikut 'dress code' yang telah ditetapkan dalam Islam.

Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez

Tambah Ustaz Asmawi lagi, para selebriti sepatutnya mengangkat budaya timur dan bukan terikut-ikut dengan budaya barat yang jelas bertentangan.

Sesuatu juga harus dilakukan oleh persatuan yang memayungi anak-anak seni supaya selebriti menjaga imej mereka.

Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure.

Read more ...

'Tengok Tu, Tin Babi!! Hanya Di Tesco' - Sharifah

SEMENYIH - Seorang wanita memuat naik beberapa gambar dan luahan amarahnya di Facebook berikutan penemuan yang mengejutkan di pasar raya Tesco Isnin lalu. "ini yang berlaku dan saya sendiri lalui. Betapa kita dipermainkan. Memang sentap aku! Bukan nak boikot tau. Aku sendiri beli barang kat situ. Tapi jadi macam ni, apa korang rasa? Sentap ke tak? Siapa-siapa nak viralkan gambar ini, silakan sebab ini perkara sebenar," katanya Sharifah Norzainah Achopa. Difahamkan, Sharifah berang dengan tindakan Tesco Semenyih yang meletakkan produk makanan tin tidak halal bersama dengan produk makanan halal. Selain itu juga, beliau juga mengesan air akuarium diletakkan bersebelah dengan produk minuman. Tindakan Tesco Semenyih ini mengundang persoalan, apakah mereka tidak peka dan sensitif terhadap susun atur produk makanan dan minuman? Justeru itu, Sharifah menyeru agar orang ramai memboikot pasar raya berkenaan. "Jom boikot depan ni. Kena bersatu agar mereka terasa kesannya," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Doktor diarah bayar ganti rugi kerana cuai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan seorang doktor hospital swasta membayar ganti rugi berjumlah RM312,500 kepada seorang wanita berhubung saman yang dikemukakan akibat kecuaian perubatan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan V Prabakhari, 46, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad terhadap pakar perunding anestiologi, Dr Nazri

Bhupalan selaku defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Mohd Zaki dalam penghakiman ringkasnya semalam berkata Prabakhari selaku plaintif berjaya membuktikan defendan pertama (Dr Nazri) mempunyai "duty of care" terhadap plaintif ketika memberi anestetik (bius) kepada wanita itu.

Bagaimanapun, Mohd Zaki berkata defendan pertama telah melanggar "duty of care" berkenaan kerana gagal memberi penerangan bermaklumat sebelum mendapatkan persetujuan daripada Prabakhari ketika proses bius dilakukan.

"Akibat pelanggaran 'duty of care' itu, plaintif mengalami kecederaan dan kesakitan," kata Mohd Zaki.

Mahkamah memerintahkan Dr Nazri membayar RM300,000 kepada Prabakhari sebagai ganti rugi am, kehilangan kemudahan hidup, tekanan mental, kesakitan dan penderitaan yang dialami.

Mahkamah turut memerintahkan Dr Nazri membayar ganti rugi khas berjumlah RM12,500 kepada plaintif dan mengarahkan doktor itu membayar kos sebanyak RM100,000 kepada plaintif.

Sementara itu, mahkamah menolak tuntutan saman Prabakhari terhadap Pantai Medical Centre Sdn Bhd, yang dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman berkenaan selepas mendapati ia tidak mendatangkan kecuaian kepada plaintif.

Pada 13 Jun tahun lepas, Prabakhari memfailkan saman terhadap Dr Nazri dan Pantai Medical Centre selepas mendakwa Dr Nazri telah cuai dalam menjalankan tugas ketika memberi anestetik kepadanya sebelum pembedahan dijalankan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Prabakhari berkata beliau yang mengalami bengkak pada kaki kanan sekitar September 2011 telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan disaran untuk menjalani pembedahan pada kakinya itu.

Prabakhari mendakwa pada 21 November 2011, Dr Nazri telah merosakkan esofagusnya (saluran makanan) ketika melakukan proses memasukkan tiub sebelum beliau menjalani pembedahan.

Akibat perbuatan itu, Prabakhari mendakwa beliau mengalami kesakitan pada bahagian belakang dan mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru.

- Bernama

Read more ...

FINAS bakal hantar calon filem terbaik FFM27 ke Oscar

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal menghantar satu daripada lima calon filem terbaik karya tempatan untuk dinilai Jawatankuasa Anugerah Academy ke-88 bersaing merebut Oscar dalam kategori Filem Bahasa Asing musim depan.
Read more ...

Ustaz Tuan Asmawi Berani Mati Menegur Pakaian Tasha Shila Jadi Viral

tashaseksi Nampaknya selepas beberapa kali tampil dengan fesyen mencolok mata, Tasha Shilla kini bagaikan sudah 'lali' dengan teguran netizen. Semalam sekali lagi Tasha Shilla dihentam teruk oleh netizen gara-gara penampilannya di sebuah event. Hal ini turut mendapat perhatian seorang ustaz yang tampil menegur pemakaian seksi Tasha Shilla. Tasha Shilla nak dengar ke tidak terpulang pada dia, yang penting ada ahli agamawan yang sudah menjalankan tugas mereka. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej & maruah ustaz Ketika dihubungi Mynewshub, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap para selebriti seharusnya mengikut 'dress code' yang telah ditetapkan dalam Islam. Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya. Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri. Kita jangan ikut Jennifer Lopez tasha2 Tambah Ustaz Asmawi lagi, para selebriti sepatutnya mengangkat budaya timur dan bukan terikut-ikut dengan budaya barat yang jelas bertentangan. Sesuatu juga harus dilakukan oleh persatuan yang memayungi anak-anak seni supaya selebriti menjaga imej mereka. Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka. Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure. Sumber : Mynewshub
Read more ...

MENGERIKAN! Ulat Keluar Dari Hidung Dan Kelopak Mata Wanita!

Lalat Bertelur di Muka Seorang Wanita! OTTAWA, Kanada – Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yang dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yang dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit.

Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.

"Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.

"Wad berkenaan tidak mempunyai tingkap yang terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar," kata laporan berkenaan.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *