Recent Post

Monday, August 24, 2015

Reka Bentuk Homestay di Melaka Ini Seperti Berada di Australia

Seperti berada di perkampungan di Australia. Mungkin inilah gambaran yang tepat untuk membayangkan betapa rumah tetamu ini membuatkan kamu seperti tidak berada di Malaysia.

Bukan sahaja cantik dari luaran, malahan jika dilihat dari dalam juga kelihatan selesa.

#1 Homestay ini terletak di Paya Rumput, Melaka.

Homestay 1

#2 Reka bentuk yang unik dan menarik bukan sahaja menarik perhatian warga tempatan malahan mungkin juga golongan pelancong.

Homestay 2

#3 Mungkin kamu juga boleh memilih bilik yang mempunyai beranda di bahagian atas dan tangga langsung untuk ke atas dari luar.

Homestay 3

#4 Warna ungu yang menambahkan kecerian dan menjadikannya lain dari yang lain

Homestay 4

#5 Pemandangan dari dalam yang selesa lengkap dengan sofa, televisyen dan meja makan.

Homestay 5

#6 Ruangbilik air

Homestay 6

#7 Ruang tidur yang selesa 

HOmestay 7

#8…tetapi mempunyai ruangan yang agak terhad

Homestay 8

Jika anda sedang mencari Homestay di Melaka. Jangan lupa masukkan homestay di Paya Rumput ini didalam wish list anda.

Read more ...

Casing Kayu Dwi-Sim Yang Menarik Untuk Peranti iphone 6

PERANTI yang mempunyai slot dwi-SIM ialah perkara normal bagi pengguna peranti Android.

Di mana majoriti peranti Android yang dijual di pasaran sejak awal tahun ini mempunyai dua slot SIM.

Ini memudahkan mereka yang mahukan SIM berbeza untuk panggilan telefon dan menggunakan data prabayar yang murah di Malaysia.

Tetapi bagi pengguna iPhone mereka hanya boleh melihat kerana sehingga kini tidak wujud iPhone dengan dua SIM terbina.

convoy-wood-case-2

Convoy Wood Case ialah casing iPhone 6 yang mempunyai slot khas untuk menyimpan SIM kedua.

Ia diperbuat daripada kayu dan ruang simpanan SIM lengkap dengan alat pembuka talam SIM terletak pada bahagian bawah casing.

Tempat simpanan ini memudahkan pemilik iPhone untuk bertukar-tukar SIM mengikut keperluan.

Tidak perlu risau Nano SIM hilang ataupun terpaksa mencari jarum peniti untuk membuka talam SIM.

Kesemuanya tersimpan rapi dan selamat di dalam cangkerang. Cangkerang kayu ini dijual pada harga USD60 (RM240) sebuah.-Mynewshub.cc

Sumber: Madera

Oleh: hzq

Komen

comments

Read more ...

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat KEBODOHAN Ibunya Sendiri

CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan pusat beli-belah Zhengzhou, semalam.  Ibu mangsa dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News. Menurut saksi kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan.  Mangsa dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital. Pemandu kereta SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.
Read more ...

TAK TAHAN DITUDUH - BEKAS PENGURUS MUAT NAIK VIDEO NAD ZAINAL

Jika sebelum ini, Nad Zainal menuduh bekas pengurusnya, Alog Zuren telah melarikan sejumlah wang dan menjadi dalang pembubaran kelab peminatnya, terkini bekas pengurusnya itu telah memuat naik video mengenai sikap kurang ajar Nad ketika menghadiri rumah anak yatim.

Ini kerana pengurusnya itu berang dengan tindakan Nad dan ingin menegakkan kebenaran yang membuktikan dia tidak bersalah.

Video yang dimuat naiknya itu menunjukkan Nad duduk dalam keadaan tidak sopan sambil asyik bermain telefon sehingga tidak mempedulikan seorang kanak-kanak yang cuba beramah-tamah dengannya dalam satu program yang berlangsung di sebuah rumah anak yatim Ramadan lepas.

Klik gambar untuk size besar

"Saya sudah lama berdiam dir i kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu di Melodi.

"Ini bukan kali pertama, ..saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini," ujar Alog Zuren dipetik sebagai berkata.

ATAU KLIK DISINI

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA< /a> - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Dendam lepas nahas

awatifromli@hmetro.com.my

Alor Setar: Seorang jurukimpal berdepan detik cemas apabila cermin rumahnya dipecahkan, manakala tiga kereta turut dirosakkan termasuk sebuah daripadanya diterbalikkan selepas diserang sekumpulan lebih 15 lelaki bermotosikal dalam kejadian di Kampung Telok Gelam, Jitra, dekat sini, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku jam 11 malam dipercayai akibat rasa tidak berpuas hati kumpulan terbabit yang berang dengan tindakan mangsa berusia 46 tahun yang didakwa melarikan diri selepas terbabit dalam dua kemalangan, masing-masing dengan sebuah motosikal di Jalan Telok Malek dan Taman Kelisa di Jitra.

Difahamkan, mangsa bertindak demikian akibat ketakutan selepas mendakwa diugut kumpulan itu yang juga dipercayai rakan kepada seorang daripada penunggang motosikal berkenaan selepas terbabit dalam pelanggaran di Jalan Telok Malek, Jitra 30 minit sebelum kejadian.

Mangsa kemalangan lelaki lingkungan 20-an difahamkan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa ketika dihubungi berkata, sehingga kini, dia tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang berhubung keselamatan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Read more ...

Pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat - PM Singapura

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau akan mengadakan pilihan raya umum "dalam waktu terdekat" bagi mendapatkan mandat rakyat untuk membawa Singapura ke fasa seterusnya.

Dalam ucapan pada Perhimpunan Hari Kebangsaan malam ini, Lee berkata: "Dalam waktu terdekat, saya akan mengadakan pilihan raya, untuk mendapatkan mandat daripada anda untuk membawa Singapura ke fasa seterusnya".

Beliau berkata Singapura kini berada pada titik peralihan, selepas menamatkan 50 tahun yang berjaya dan akan memulakan fasa bagi 50 tahun akan datang.

"PRU (pilihan raya umum) akan datang adalah amat kritikal," katanya.

"Anda akan menentukan siapa yang mentadbir Singapura untuk lima tahun akan datang; tetapi apa yang lebih penting, anda akan memilih pasukan yang akan bekerja dengan anda untuk 15 hingga 20 tahun akan datang.

"Anda akan menentukan hala tuju Singapura untuk 50 tahun akan datang; anda akan menentukan masa depan Singapura," katanya.

Lee berkata b eliau dan pasukannya sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius bagi memastikan Singapura terus maju.

Read more ...

Nora Danish & Nedim Nazri Berpisah

Setelah sekian lama bersama, diusung ke sana ke sini, rupa-rupanya terputus di tengah jalan. Itulah yang terjadi pada hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri, lapor mStar Online. Sebelum ini, timbul khabar angin mengenai hubungan pasangan ini goyah apabila Nora sudah tidak lagi memuat naik gambar kekasihnya itu di laman Instagram. Manakala, si Nedim pula sering memuat naik gambar-gambar ayat kesedihan. Berkata kepada mStar Online baru-baru ini, Nora mengesahkan hubungan beliau dengan Nedim sudah berakhir bagaimanapun tidak dijelaskan punca perpisahan di antara mereka berdua.  "Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki. Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," katanya. Reaksi netizen pula berbeza. Rata-rata hairan dan tidak kurang juga menyindir mereka berdua. "Buat malu je. Dah macam laki bini ke sana ke mari, last-last pututs. Siapa yang untung? Lelaki lah!" kata Zubaidah. "Bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir, peluk macam laki bini lepas itu putus. Lain kali jangan terlalu murah. Hah! Kan dah marah! Suka sangat dengan Nora tetapi disebabkan terlalu over jadi tak suka," kata Mira. Itulah kata orang, usah dicanang sana sini akan hubungan yang belum pasti. Sekarang sudah putus, siapa yang malu? - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Ku Nan nafi ahli Umno akan sertai perhimpunan BERSIH

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan anggota Umno akan turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan diadakan Sabtu dan Ahad ini.

"Ada dakwaan mengatakan ada penyokong akar umbi Umno akan terlibat dengan perhimpunan ini. Jawapan saya, mana ada, ini semua cerita dakyah BERSIH yang kotor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah program EkspresiSeni @ Kuala Lumpur Lake Garden Festival (KLLGF) 2015 di ibunegara hari ini.

Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian bagi mengulas laporan berita portal bahawa anggota Umno akan turut serta dalam perhimpunan itu.

Beliau berharap orang ramai tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan dakyah penganjur perhimpunan itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan itu diadakan di sekitar Dataran Merdeka hujung minggu ini kerana ianya akan menjejaskan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang akan diadakan di lokasi berkenaan.

Katanya, DBKL tidak akan meluluskan lokasi perhimpunan berkenaan walaupun penganjur Bersih sebelum ini mendakwa hanya akan berkumpul di sekitar atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka dan tidak akan mengganggu persiapan sambutan acara tahunan itu.

"DBKL tidak akan luluskan berhubung lokasi perhimpunan di Dataran Merdeka dan di Padang Merbok. Kita tidak akan beri kebenaran...dia nak pergi, pergilah ke Stadium Malawati Shah Alam ke, ke mana sahaja. Jangan kacau Kuala Lumpur. Bila buat di KL (Kuala Lumpur), rakyat dan peniaga akan rasa tertekan," katanya.

Sebelum ini, polis telah meminta penganjur BERSIH 4.0 mengubah lokasi perhimpunan yang dirancang, iaitu di Dataran Merdeka dan Padang Merbok, ke tempat lain berikutan lokasi berkenaan dianggap tidak sesuai untuk perhimpunan itu.

- Bernama

Read more ...

Ringgit slump little impact on tourism promotion overseas, says ministry

Deputy Tourism and Culture Minister Datuk Mas Ermieyati Samsudin, who is also Puteri Umno chief, says Tourism Malaysia offices overseas will strategise for the drop in ringgit in its promotion costs. – The Malaysian Insider pic, August 24, 2015.Deputy Tourism and Culture Minister Datuk Mas Ermieyati Samsudin, who is also Puteri Umno chief, says Tourism Malaysia offices overseas will strategise for the drop in ringgit in its promotion costs. – The Malaysian Insider pic, August 24, 2015.The Tourism and Culture Ministry is drawing up strategies and the mechanism to lessen the impact of the ringgit slump on its tourism promotion abroad.

Its deputy minister Datuk Mas Ermieyati Samsudin said her ministry had not been facing difficulties in maintaining the momentum of tourist arrivals into the country as it had fully prepared for any unexpected economic event.

"Undeniably, the ringgit slump may have a slight impact on our tourism promotion abroad but we have plans and strategies in facing the current economic situation.

"As the minister said, the ringgit slump would have a positive impact on tourist arrivals to the country," she said at a press conference before witnessing the Labuan Strongest Man Competition 2015, in Labuan yesterday.

Mas Ermieyati urged the people to remain united and be with the government in facing the current situation and not tarnish the good image of the country.

"We should be grateful for the peace in our country, enabling a continuous inflow of investors and visitors to the country.

"As such, there must be no efforts to threaten the country's stability, which can affect the business community as well as the tourism industry," she said.

On another note, she said the theme of this year's National Day celebration, "Sehati Sejiwa" (One Heart One Soul) must be instilled for Malaysians to be together with the government in maintaining stability and solidarity.

"I'm sure, we, as Malaysians don't want to see the country's image continue to be tarnished by certain quarters who have manipulated and misled on various issues, resulting in some investors to run away. What we are enjoying must be retained," Ermieyati said. – Bernama, August 24, 2015.

Read more ...

ASEAN: Penyusutan mata wang, harga minyak tidak halang pelaburan EU

PENGARAH Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, Chris Humphrey. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyusutan nilai beberapa mata wang serantau tidak menghalang perniagaan Eropah untuk melabur di ASEAN, kata perwakilan dari Kesatuan Eropah (EU).

Sebaliknya, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, Chris Humphrey, berkata dagangan antara kedua-dua rantau itu tidak menunjukkan sebarang kemerosotan, dengan perniagaan Eropah terus berminat melabur di rantau ini.

EU adalah sumber pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di rantau ini dengan perdagangan tumbuh 9.0 peratus setahun sejak beberapa tahun lalu.

Prestasi pelaburan kekal walaupun ASEAN berhadapan cabaran seperti penurunan harga minyak mentah dan turun naik mata wang, katanya pada sidang media pada Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-EU 2015 kali keempat hari ini.

Beliau berkata, syarikat EU komited untuk terus melabur di rantau ini untuk tempoh jangka panjang dengan penurunan nilai mata wang serantau lebih baik berbanding liabiliti kepada perniagaan Eropah untuk melabur di Asia Tenggara.

"(Penyusutan nilai mata wang) mungkin membimbangkan sesetengah pihak namun ia tidak menyebabkan perniagaan EU untuk tidak meneruskan pelaburan," katanya.

Sidang kemuncak sehari itu dianjurkan bersama oleh Majlis Perniagaan EU-ASEAN dan Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia.

Read more ...

Video Nad Zainal Tak Layan Anak Yatim Pula Tersebar

Isu yang melibatkan Nad Zainal bertambah hangat apabila bekas pengurusnya itu, Alog Zuren, yang berang didakwa melarikan duitnya memuat naik video lama pelakon itu di laman Facebooknya. "Haa, ini kau Nad Zainal, pakai tudung, pergi event kem ramadhan, dekat rumah anak yatim Klang. Masuk rumah anak yatim, tak salam pengurus atau pengetua anak yatim. Main handphone dari masuk sampai habis. "Budak-budak buat persembahan depan kau, kau boleh duduk terkangkang, main handphone tak layan anak-anak yatim itu. Memalukan. Kesian anak-anak yatim itu macam orang bodoh depan kau.  "Lepas itu bergambar pun sekejap, lepas itu blah. Lepas itu admin fans club lain satu team dengan kau masa itu pun malu dengan perangai kau dan pihak YOES mengadu tak puas hati kenapa artis popular. Popular ke perangai macam ni? "Ini aku dapat info semua dari admin fans-fans club artis lain. Aku pun tak pergi event ini sebab aku dah tak kerja dengan kau sebab kau dengan family kau memalukan aku. Aku akan saman malu kat kau!," katanya.  Malang nasib buat Nad Zainal yang masih lagi berusaha memanjat tangga di industri hiburan. Nampak gayanya ini adalah zaman kejatuhan beliau disebabkan perangainya sendiri. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Anda Pasti TERKEJUT Dengan Kenyataan Ini รข€œOrang Melayu Akan BANGSAT Jika UMNO Hilang Kuasaรข€ -PM

Anda Pasti TERKEJUT Dengan Kenyataan Ini "Orang Melayu Akan BANGSAT Jika UMNO Hilang Kuasa" -PM…KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

"Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

"Dalam banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

9 Keistimewaan Pemandu Perempuan Yang Anda Perlu Tahu

9 Keistimewaan Pemandu Perempuan Yang Anda Perlu Tahu Setuju atau tidak kalau kami katakan pemandu perempuan ada banyak keistimewaan. Nak tahu kenapa? Jom baca. #1. Ada masa mereka memandu secara 'Slow & Steady"' Mereka boleh memandu dengan tenangnya di lorong kanan dengan kelajuan 40km/h dan tanpa menghiraukan anda di belakang yang sudah banyak kali bagi hint untuk ke tepi. #2. Ada masa mereka memandu seperti 'Fast & Furious" Ada pemandu perempuan lain pula yang memandu lagi laju daripada pelumba F1. Cilok sana sini. #3. Ada masa mereka sendiri tak tahu mereka nak ke mana Pemandu begini paling menguji kesabaran. Bila mereka tak tahu nak masuk simpang kiri ke kanan. Perlahankan kenderaan, kejap-kejap break tanpa fikir banyak lagi kereta di belakang. #4. Kasut, sandal, selipar lebih daripada satu di dalam kereta satu kemestian Sediakan payung sebelum hujan perumpaan yang sesuai. Dalam apa jua keadaan mereka ada kasut yang sesuai. #5. Boot kereta almari kedua Segalanya di sumbat dalam boot kereta. Nak cari apa? Semua ada. #6. Suka hias kereta Jangan pelik kalau anda lihat kereta penuh dengan teddy bear, bantal dan barangan berwarna merah jambu. #7. Namakan kereta mereka Jangan terkejut kalau kawan perempuan anda panggil kereta mereka dengan nama Baby, Cherry, Betty dan sebagainya. #8. Ambil masa yang lama sebelum keluar kereta Sebab apa? Sebabnya mereka akan tengok cermin dahulu adakah semuanya okay. Touch up muka, pakai lipsticks, balas mesej, pakai kasut dan sebagainya. #9. Susah ingat jalan Walaupun dah banyak kali lalu jalan yang sama, pemandu perempuan masih belum mampu ingat jalan. Ada yang lebih teruk tak tahu kiri atau kanan. Sumber : Saja kongsi
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *