Recent Post
Wednesday, July 08, 2015
Anggota Kabinet Tak Beri Tekanan Kepada PM Untuk Letak Jawatan - KJ
PUTRAJAYA: Anggota kabinet sepakat memberi ruang kepada siasatan membabitkan Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal dana 1Malaysia Dvelopment Berhad (1MDB).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata mereka juga tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk meletak jawatan.
"Mesyuarat Kabinet hari ini ada membincangkan isu semasa.
"Perdana Menteri menjelaskan kepada kami bahawa beliau masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal. Seperti yang sudah diketahui, peguamnya telah mengirim surat tuntutan awal.
"Pasukan tindakan khas membabitkan Peguam Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat perkara ini.
"Sehingga pasukan itu selesai menjalankan siasatan, masih terlalu awal untuk berikan sebarang komen," kata Khairy.
Sebelum ini WSJ telah mendakwa dana 1MDB berjumlah AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah disalurkan ke akaun peribadi Najib.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Najib dan 1MDB.
Pagi tadi pejabat 1MDB di Jalan Sultan Ismail telah diserbu oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
Sikap remaja di zaman ini, adakalanya membuatkan kita yang dewasa ini hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Ada segelintir ...
-
(GAMBAR) Sekitar Majlis Perkahwinan Nadia Annuar Dan Hafiz Salleh Tahniah diucapkan kepada Nadia Annuar dan juga suami, Hafiz Salleh...
-
THE HAGUE: Bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic hari ini didapati bersalah oleh tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangs...
-
Komposer terkenal Edry Abdul Halim terpilih buat kali kedua sebagai penerima anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak pada Malam Me...
Berita Harian
Malaysia Kini
Mypotnews Links
Contact Form
Designed By Blogger Templates |
Powered By Blogger