Recent Post

Monday, July 06, 2015

Ringgit Hari Ini Jatuh Kepada Tahap Terendah

Ringgit Hari Ini Jatuh Kepada Tahap Terendah, Prestasi matawang Paling Buruk Di Asia 





KUALA LUMPUR: Nilai Matawang Ringgit Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras terendah hari ini selepas tiada lagi tambatan ringgit pada dolar Amerika sejak tahun 2005.

Memetik laporan Astro Awani, menurut penganalisis, kejatuhan nilai ringgit ini didorong oleh situasi semasa negara Greece yang disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isu wang 1MDB yang didedahkan World Street Journal.

BACA: Wall Street Journal Dedah Berjaya Kesan AS$700 Juta Duit 1MDB Dalam Akaun Peribadi Najib

BACA: Pakar Ekonomi Bagi Amaran, Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi

Menurut laporan Bloomberg, sehingga jam 9.30 pagi tadi, nilai matawang ringgit telah jatuh sebanyak 0.6% kepada RM3.8025 iaitu lebih teruk berbanding semasa kegawatan ekonomi tahun 1998 di mana Tun Dr Mahathir telah menambat nilai ringgit dengan dolar Amerika Syarikat RM3.80.

Kesan kontroversi 1MDB juga turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi  matawang paling buruk di Asia selain situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit.

Selain itu penganalisis turut menjangkakan nilai ringgit akan terus jatuh pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu.


Sumber
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *