Recent Post

Saturday, December 19, 2015

MAIS: Tangkap khalwat ikut SOP, tak serbu buta tuli


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan undang-undang syariah bagi kesalahan khalwat dan menegaskan proses siasatan yang dijalankan bukan intipan serta tidak bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.

Perkara itu ditegaskan dalam satu kenyataan bersama Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid hari ini.

"Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama adalah hasil dari aduan orang ramai.

"Proses siasatan yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur yang sedia termaktub dalam akta atau enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri bagi memastikan aduan atau maklumat yang diterima adalah benar sebelum pendakwaan dibuat," ujarnya.

Kenyataan itu susulan saranan Kumpulan penjawat awam, G25 yang mahu penubuhan satu jawatankuasa bagi membincangkan untuk memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

Oleh itu, katanya adalah tidak tepat apabila penguatkuasa agama dituduh mengintip dan menceroboh hak privasi seseorang sedangkan tindakan mereka selaras dengan undang-undang.

"Adalah menjadi prosedur penyiasatan (SOP) bagi pegawai penguatkuasa agama apabila sesuatu aduan dibuat untuk ke tempat di mana kejadian khalwat dikatakan berlaku, seterusnya mengetuk pintu dan memperkenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum proses siasatan lanjut dijalankan.

"Pegawai penguatkuasa agama juga ditegah daripada mengambil tindakan menyerbu dengan membuta tuli dan mendakwa seseorang melakukan khalwat atau penzinaan tanpa usul periksa," kata mereka.

Kewajipan umat Islam

Memetik hadis, kenyataan itu menyebut bahawa Islam menuntut supaya umatnya melarang perbuatan dosa dan kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing.

"Justeru itu adalah menjadi kewajipan semua umat Islam untuk menghalang apa jua perbuatan maksiat dan dosa yang berlaku mengikut kemampuan masing-masing walaupun perlakuan tersebut berlaku di kawasan persendirian," ujarnya.

Dalam pada itu, MAIS turut mengingatkan umat Islam bahawa kenyataan yang menghina undang-undang Islam boleh dikenakan denda atau dihukum penjara.

Kumpulan G25 yang disertai profesional Melayu baru-baru ini menuntut hukuman terhadap perbuatan khalwat dimansuhkan jika dibuat di rumah persendirian.

Menurut kumpulan itu dosa peribadi adalah antara individu dengan Tuhan, selagi tidak dilakukan di tempat awam.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *