Recent Post

Monday, October 05, 2015

Lelaki Cina Ditahan Menyamar Sebagai Anggota RAMD


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki Cina (Buddha) berusia 42 tahun ditangkap oleh orang awam kerana menyamar sebagai anggota tentera di Kem PULADA, semalam. Kau Kuan Song, jurutera TY Precision Engineering di Desa Jaya Johor, ditahan di kawasan parkir Masjid PULADA, hasil maklumat dari kakitangan agama PULADA yang curiga dengan kehadiran lelaki itu. Difahamkan, pengadu pada awalnya menyedari kehadiran sebuah kereta Toyota Camry JQK 228 di perkarangan masjid. Namun, pemandunya tiada di dalam kereta. Setelah pemeriksaan dilakukan di sekitar masjid, pengadu dan seorang anggota tentera yang bertugas mendapati seorang lelaki berpakaian lengkap ATM berceloreng digital berpangkat Lt Muda berada di belakang masjid. Menurut lelaki itu, dia hanya singgah sebentar untuk membuang air. Namun cara percakapannya membuatkan mereka curiga. Ditambah pula dengan baju celoreng digital yang dipakai adalah tidak bertepatan iaitu menggunakan nama K.S. Kau dan kor adalah Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).  Lelaki itu kemudian ditahan untuk disoal siasat oleh pegawai bertugas dan pegawai medan bertugas. Dalam penangkapan itu juga, beberapa barang peribadi kepunyaan suspek ditemui seperti kad pelantikan anggota RELA, Beret Kor KPA, name tag bernama Rusli dan beberapa lagi barangan yang lain.  Hasil pemeriksaan ke atas iPad Mini dan iPhone 6 milik suspek mendapati banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital dan celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid PULADA.

Senarai perbezaan yang diperoleh adalah seperti berikut: (1) Nama: K.S.KAU Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Digital

(2) Nama: Sulaiman Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Harimau Belang

(3) Nama: Sulaiman Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Digital

(4) Nama: Hassan Kor/Unit: PDRM Pakaian: Celoreng PDRM

Suspek bagaimanapun telah diserahkan kepada Balai Polis Ulu Tiram untuk siasatan dan tindakan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *