Recent Post

Tuesday, September 29, 2015

Luahan Hati Tok Adi Apabila Selalu Dijadikan Bahan "TROLL" Di Media Sosial


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Boleh dikatakan, sebahagian besar rakyat Malaysia pastinya mengenali watak Tok Adi lakonan Nasir Bilal Khas dari drama bersiri Tanah Kubur. Jika dilihat di laman sosial seperti Facebook atau Twitter, pastinya ada saja meme atau parodi untuk watak penggali kubur itu dimuat naik sebagai tanda nasihat atau pun sekadar `troll`. Malah, watak penggali kubur itu turut pernah dijadikan subjek untuk persembahan kumpulan Shiro di pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 tahun lalu. Pelakon yang memegang watak Tok Adi iaitu Nasir Bilal Khan sebelum ini pernah berkata, dia tidak kisah watak itu dijadikan parodi atau bahan lawak kerana itu sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan drama Tanah Kubur itu sendiri. "Saya tahu perkara ini terjadi, dan saya rasa tidak kisah pun bila watak itu diparodikan. Pada saya, mereka sendiri perlu bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan," jelas Nasir Bilal Khan sebelum ini. "Watak yang saya bawa itu menjadi dan kekal dalam ingatan semua orang. Tetapi harapannya pengajaran yang cuba ditonjolkan itu juga sampai. Bukan hanya menjad bahan lawak sahaja", tambahnya lagi. Drama bersiri Tanah Kubur kini telah memasuki musim ke-14 dan kini sedang bersiaran setiap Jumaat, jam 7.30 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *